29
Jan
10

Kata-kata Hikmah

Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan…


Tiada pelita di dunia ini yang dapat menerangi kehidupan di dunia dan di akhirat kecuali pelita hati yang disinari cahaya keimanan…

Jika hidup kamu dalam kekosongan, dampingilah keesaan Tuhan…nescaya kamu akan beroleh ketenangan jua kedamaian…

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam… di atas batu hitam…. dimalam yang amat kelam…. ianya wujud, tapi amat sukar dilihat…….Jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya…

Seribu mancis tidak dapat menerangi kamu buat selama-lamanya…..tetapi cahaya keimanan dapat membawa kamu ke jalan kesenangan…

Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai…..bertambah busuk bangkai, bertambah pula seleranya…

Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh daripada lidah yang hodoh……kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakitkan hati orang lain, tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata-kata yang melukakan…

Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia, disulami dengan bunga-bunga keimanan, dihiasi pula dengan pertama keislaman dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan…

Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur……dan setiap mata yang terbuka, belum bererti ia melihat…..

Hidup tanpa pengorbanan adalah satu kepalsuan dan percintaan tanpa kasih sayang adalah satu pengkhianatan…..Oleh itu, abadikan kasih sayang dalam mencari erti kebahagiaan….

Orang yang bertanya dikala dia tidak tahu, adalah bodoh ketika dia bertanya……tetapi orang yang tidak bertanya itu, akan bodoh buat selama-lamanya….

Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira……. tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira…..

Orang yang berilmu di antara orang-orang yang jahil….adalah seperti pohon yang hijau di tengah-tengah pohon yang kering…..

Kelmarin memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah kita, semalam adalah teladan serta pengajarannya……. dan untuk menghadapi hari esok, jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai pedoman dalam menerokai sebuah penghidupan…..

Lihatlah disekeliling kamu…. dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa…… senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan…. jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…..buat pedoman….

Menyelamatkan orang jahat seperti perahu kecil di tengah lautan……walaupun kita terselamat tetapi sentiasa berasa ketakutan……

Dua hati yang sama-sama mengingati Allah itu dia berkenalan sebelum bertemu, bila bertemu terus berkenalan…… Dua hati yang tidak mengingati Allah itu tidak akan berkenal sebelum bertemu, bila bertemu dia hanya berjumpa bukan berkenalan…..

Perkataan yang lemah-lembut itu dapat melembutkan hati yang lebih keras daripada batu……. dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera……

Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah pula kita menjadi langau yang boleh membusukkan daging……

Abadikan segenggam harapan, secebis ketekunan, seteguk pengorbana……..semadikan di dalam hati sebagai garisan hidup ini…

Kesucian diri itu seperti air batu…..sekali ia hancur segalanya akan berakhir….

Kejujuran dan kejelitaan itu tidak bertakhta pada paras rupa yang seindah bulan….. tetapi pada hati yang beriman……

Kawan ibarat pasir-pasir di pantai……..kawan yang setia ibarat mutiara pasir di pantai……

Jangan dikenang peristiwa sedih tetapi kenangilah pengalaman manis kerana ia boleh membuatkan kita semakin ceria dan sentiasa gembira……

Janganlah jadi seperti kumbang, habis madu segera terbang……..jadilah seperti tukang kebun, bunga dijaga sesegar embun…….

Janganlah terlampau banyak ketawa…..kerana ia akan mengeringkan hati dan wajah akan kehilangan serinya……

Hidup berbakti mati, hidup tak berbakti pun mati. Maka adalah lebih baik bagi kamu mencurahkan bakti…..Dengan itu matimu akan meninggalkan nama yang harum kerana bakti suci teramat bererti buat orang yang tahu menghargainya…..

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit…….dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan……

Tidak ada seorang pun yang pernah menemui harga sebuah kehidupan…….tetapi apa yang penting ialah kita harus membuatkan kehidupan itu berharga…..

Orang hanya dapat melihat kesedihan kita melalui air mata……tetapi terlalu sukar untuk mereka menyelami penderitaan yang kita tanggungi akibat limpahan air mata itu…..

Hidup yang tiada pegangan umpama buih-buih sabun…..bila-bila masa ia akan pecah…..

Basahilah wajahmu dengan air sembahyang…….dan jangan sekali-kali wajah ayumu digenangi dengan airmata kecewa kerana cinta…..

Ada orang anggap kita lemah….ada pula yang menganggap kita lebih kuat daripadanya….. Tapi sekiranya kita mengaku yang kita lebih kuat daripadanya, maka di situlah kelemahan diri kita….

Ketawa ketika kesedihan adalah ketawa ketabahan…..ketawa ketika kegembiraan adalah ketawa kemenangan……dan tangisan ketika kesedihan adalah tangisan kekecewaan manakala tangisan ketika kegembiraan adalah tangisan kejayaan…..


0 Responses to “Kata-kata Hikmah”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Countdown

Arkib

UNTAIAN KATA-KATA…

Anda pengunjung ke…

Counter Powered by  RedCounter
Diurus & ditadbir oleh lee_sdj@yahoo.com sejak Jan 2010

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: