02
Mar
10

Memilih media dalam pengajaran

DALAM penulisan saya yang lalu saya telah menjelaskan bahawa domain teknologi pendidikan itu haruslah dilihat secara lebih meluas agar peranan guru bukan hanya tertumpu pada penggunaan perkakasan dan perisian sahaja tetapi menjangkau aspek-aspek mereka bentuk pengajaran (instructional design) dalam usaha menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan ke arah kecemerlangan pelajar-pelajar.

Aspek reka bentuk pengajaran amatlah penting terutamanya ketika guru ingin memilih serta menggunakan media dalam pengajaran mereka. Model ASSURE (Smaldino, E. Heinich, R & Molenda, M. (2005) memberi panduan kepada guru bagaimana media dipilih serta dapat digunakan secara lebih berkesan dan bersesuaian dengan tahap dan profil pelajar.


ASSURE ialah akronim bagi perkataan Analyze learner (analisis ciri-ciri pelajar), State objective (menyatakan objektif), Select Methods, Media & Materials (Memilih kaedah, media & bahan), Utilize Media & Materials (Menggunakan media & bahan) Require learner participation (Memerlukan penyertaan pelajar) dan Evaluate & revise (Menilai & mengulang kaji). Langkah-langkah yang terdapat pada model ini memperlihatkan bahawa media bukan hanya dipilih sebagai alat bantu mengajar tetapi sebagai bahan yang terancangan yang mengintegrasikan aspek perancangan, pemilihan, pengubahsuaian dan penggunaan.

• Analisis ciri-ciri pelajar - Menganalisis ciri-ciri pelajar seperti tahap, umur, latar belakang sosial, keadaan bilik darjah & lain-lain yang berkaitan untuk disesuaikan dengan pemilihan media pengajaran.

• Menyatakan objektif – Menyatakan objektif penggunaan media dengan cara merangka aktiviti pengajaran (guru & murid) sebagai sebahagian daripada rancangan mengajar.

• Memilih Kaedah, Media & bahan – Memilih media yang sesuai dengan menyatakan kaedah yang akan digunakan dalam sesi pengajaran.

• Menggunakan media & bahan– Media digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian tahap dan profil pelajar.

• Memerlukan Penyertaan Pelajar – Murid atau rakan sejawat dijemput bersama untuk menonton hasilan tersebut sebelum digunakan dalam pengajaran sebenar.

• Menilai & Mengulang kaji - Segala respons pelajar dengan rakan sejawat dalam sesi ini dicatat untuk membuat penambahbaikan.

Dari huraian di atas jelas menunjukkan bahawa penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan perancangan yang rapi oleh pihak guru. Ini menyangkal persepsi bahawa pada zaman teknologi yang canggih guru hanya berperanan sebagai pengguna kepada segala bentuk hasilan ciptaan sahaja tetapi sebenarnya guru juga berperanan sebagai pereka bentuk pengajaran untuk menentukan kesesuaian dan keberkesanan penggunaan media terhadap murid-muridnya.

Oleh itu guru haruslah memberi tumpuan terhadap aspek reka bentuk pengajaran kerana ia adalah merupakan salah satu domain dalam teknologi pendidikan.


Oleh :- DR. ISMAIL ZAIN (Utusan Malaysia Online)

About these ads

1 Response to “Memilih media dalam pengajaran”


  1. 1 aishah
    5 August 2010 at 8:43 pm

    apakah peranan media dalam pendidikan???


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Countdown

Arkib

UNTAIAN KATA-KATA…

Anda pengunjung ke…

Counter Powered by  RedCounter
Diurus & ditadbir oleh lee_sdj@yahoo.com sejak Jan 2010

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: