25
Jan
10

Sekilas fakta…

Sejauh manakah pengetahuan anda terhadap fakta-fakta berikut….

  • Seperti mana cap jari, tiada seekor singa pun yang mempunyai bentuk bulu muka yang serupa. Begitu juga semua sarang labah-labah mempunyai bentuk yang berbeza.
  • Burung penguin boleh berenang sepantas 24 kilometer sejam. Sementara itu, seekor landak dewasa mempunyai 30,000 batang duri pada badannya, dan ia akan diganti setiap tahun.
  • Tiada siapa tahu mengapa kira-kira 90 % wanita akan membelok ke kanan apabila masuk ke pasar raya. Pelik, kan?
  • Salah satu cara sapaan dalam masyarakat Masai di Afrika adalah dengan meludah antara satu sama lain. Jangan lakukan di sini, nanti anda kena lempang!
  • Di Kepulauan Carribean terdapat spesies tiram yang pandai memanjat pokok.
  • Asalnya air minuman Coca-Cola berwarna hijau.
  • Gelang getah akan menjadi lebih tahan kalau disimpan di dalam peti sejuk.
  • Satu tan kentang boleh menghasilkan 28.6 gelen alkohol. Kentang ialah sumber terpenting dalam penghasilan alkohol.
  • Jika sesat di hutan dan tidak mempunyai makanan, anda boleh mengunyah kulit kasut dan menelannya kerana kulit kasut mempunyai cukup zat untuk menampung hidup buat sementara waktu.
  • Sehelai bulu mata boleh tahan lebih kurang lima bulan sebelum ia gugur dengan sendirinya.
  • Bahagian tengah matahari mempunyai ketumpatan lebih beratus-ratus kali air dan suhu yang mencecah 10-20 juta darjah Celcius.
  • Sehingga 31 Disember 2000, bilangan pendaki Gunung Everest mencecah 1,314 orang dan jumlah kematian di pergunungan ini pula meningkat kepada 167 nyawa.
  • Tilam di rumah kita menjadi rumah kepada lebih enam billion hama.
  • Setiap bintang akan selesai mengelilingi galaksi Bima Sakti setiap 200 juta tahun sekali atau lebih.
  • Straw dipercayai dicipta oleh pembuat bir pada zaman Mesir purba bertujuan untuk merasa hasil bir ciptaan mereka tanpa mencecahkan bibir pada buih bir tersebut yang timbul di dalam bekasnya.
  • Matahari berputar sepantas 225 km/minit tetapi ia mengambil masa selama 230 juta tahun untuk menyempurnakan satu pusingan orbitnya dalam galaksa.
  • Perkataan ‘cop’ berasal daripada ‘Constable on Patrol’ yang sering digunakan oleh anggota polis England.
  • Gigi merupakan satu-satunya bahagian tubuh manusia yang tidak boleh membaiki dirinya sendiri secara semula jadi. Lagi, mengenai gigi, berus gigi dicipta di China pada tahun 1498.
  • Satu kajian menunjukkan apabila seseorang lelaki itu lapar, ia sebenarnya berkehendakkan untuk makan makanan berlemak dan bergaram. Tetapi wanita pula, apabila lapar, nafsu makan mereka lebih untuk menikmati coklat.
  • Bakteria ialah sel bebas yang paling kecil. Dianggarkan 50 million bakteria dalam setitik air.
  • Semasa umurnya 47 tahun, pemain gitar bass kumpulan muzik ‘ The Rolling Stone’, Bill Wyman memulakan hubungan dengan Mandy Smith, yang ketika itu hanya berusia 13 tahun. Hubungan itu bagaimanapun mendapat restu daripada ibu Mandy. Enam tahun kemudian mereka berkahwin tetapi malang, hanya bertahan selama setahun sahaja. Tidak lama selepas itu anak Bill dengan isterinya yang terdahulu, Stephen Wellmen, 30 telah berkahwin dengan ibu Mandy yang berumur 46 tahun. Ini menjadikan Stephen sebagai bapa tiri kepada bekas ibu tiri beliau. Jikalau perkahwinan Bill dan Mandy masih kekal, Stephen akan menjadi bapa mentua kepada bapanya dan juga datuk kepada dirinya sendiri!
  • Gambar-gambar letupan bom atom di Amerika dirakam oleh seorang jurukamera iaitu Harold Edgerton.
  • Bom atom pertama dibina mengambil masa selama 3 tahun dengan kos AS$3 bilion dan memerlukan saintis, jurutera dan tenaga pekerja yang ramai.
  • Masyarakat Cina memerlukan 600,000 peti limau mandarin untuk merayakan Tahun Baru Cina. Ini bermakna mereka
    membelanjakan RM12 juta untuk membeli limau sahaja.
  • Nama kota Nokia berasal daripada sebatang¬† sungai yang mengalir melalui kota. Sungai tersebut, Nokianvirta, dinamakan sempena nama kota lama Finlandia yang bererti cerpelai, cemara pine marten.

0 Responses to “Sekilas fakta…”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



Masa Itu Emas…

Buat Renungan…

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan..."

Countdown

Arkib

UNTAIAN KATA-KATA…

Anda pengunjung ke…

Counter Powered by  RedCounter
Diurus & ditadbir oleh lee_sdj@yahoo.com sejak Jan 2010

%d bloggers like this: