27
Jan
10

30 Larangan untuk Wanita

Pesanan buat wanita-wanita diluar sana, jauhilah diri daripada 30 larangan ini. Moga-moga anda akan mendapat petunjuk daripada-Nya. InsyaAllah mudah-mudahan…

30 larangan tersebut ialah:-

1. Menyambung rambut palsu.

2. Bertatu, mencabut, bulu wajah dan mengikir gigi.

3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi.

4. Memperlihatkan perhiasan (bersolek) di depan lelaki lain.

5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama.

6. Membuka rahsia hubungan suami.

7. Berpuasa sunat tanpa izin suami.

8. Membelanjakan harta suami tanpa izin suami.

9. Derhaka kepada suami.

10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas.

11. Mengingkari kebaikan suami.

12. Bersama lelaki lain yang bukan muhrim.

13. Memandang lelaki lain yang bukan muhrimnya.

14. Bersalaman dengan lelaki lain yang bukan muhrimnya.

15. Menyerupai lelaki.

16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami.

17. Memandang aurat wanita lain.

18. Keluar rumah tanpa ada keperluan.

19. Masuk tempat mandi awam.

20. Mencakar-cakar tubuh ketika ditimpa musibah.

21. Meratapi kematian.

22. Berhias atas meninggalnya seseorang.

23. Menghantar jenazah.

24. Mempercayai dukun dan peramal.

25. Menyumpah anak-anak sendiri.

26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim.

27. Menganiaya pembantu.

28. Mengganggu jiran.

29. Meminta cerai kerana suami sakit.

30. Meminta cerai kerana lelaki berkahwin lagi.

Sejauh manakah seorang insan yang bergelar wanita itu berusaha untuk menjauhi 30 perkara yang dilarang itu, “tepuk dada, tanya iman”. Sesungguhnya setiap apa yang dilarang itu, walaupun amat pahit untuk diterima, namun yakin dan percayalah pasti ada kemanisan dan hikmah yang terselindung disebaliknya…


0 Responses to “30 Larangan untuk Wanita”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



Masa Itu Emas…

Buat Renungan…

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan..."

Countdown

Arkib

UNTAIAN KATA-KATA…

Anda pengunjung ke…

Counter Powered by  RedCounter
Diurus & ditadbir oleh lee_sdj@yahoo.com sejak Jan 2010

%d bloggers like this: