02
Feb
10

Universal Serial Bus (USB)

USB

Pernahkah anda menggunakan  sistem penyambung USB seperti gambar di atas. Mungkin ramai yang akan menjawab ‘ya’. Ini adalah kerana USB digunakan pada kebanyakan peranti di pasaran pada masa kini. Namun sejauh manakah pengetahuan anda terhadap USB. Untuk tahu lebih lanjut tentang USB, jom!! baca artikel ini…

Pengenalan

Bas Bersiri Semesta/Universal Serial Bus (USB) memberikan piawai bas bersiri untuk peranti penyambung, biasanya untuk komputer peribadi dan Apple Macintosh, dan digunakan semakin meluas juga untuk konsol permainan video seperti Microsoft Xbox 360, Nintendo Wii, Sony PlayStation 2, dan PDA, serta untuk perkakas seperti televisyen dan kelengkapan stereo rumah. Pelaksanaan USB berdasarkan spektrum radio dikenali sebagai USB Wayarles atau WUSB.


Versi terbaharu (hingga Januari 2005) USB ialah versi 2.0. Perbezaan paling ketara antara versi baru dan lama ialah kepantasan pemindahan data yang jauh meningkat.

Sistem USB mempunyai reka bentuk asimetri, mengandungi pengawal hos dan berbilang peranti disambung menurut bentuk pohon dengan menggunakan peranti hab khas. Terdapat had lima aras cabang hab bagi setiap pengawal. Sehingga 127 peranti boleh disambungkan kepada pengawal hos tunggal, tetapi peranti hab mesti turut diambil kira. Komputer moden kemungkinannya mempunyai beberapa pengawal hos dengan itu jumlah peranti berguna yang disambung jauh lebih rendah berbanding dari apa yang boleh disambungkan kepada pengawal tunggal. Pemutus (terminator) tidak diperlukan untuk bas USB, sebagaimana yang diperlukan bagi SPI-SCSI dan beberapa yang lain.

Rekabentuk USB adalah bertujuan untuk memansuhkan keperluan untuk menambah kad tambahan berasingan kepada slot ISA atau PCI, serta menambah baik keupayaan Palam dan Main dengan membenarkan peranti untuk disambungkan atau dutanggalkan secara terus tanpa menghidupkan semula komputer. Apabila peranti baru disambungkan buat pertama kali, komputer hos akan mengecam peranti tersebut dan seterusnya memuatkan fail pemacu yang diperlukan untuk menjalankannya.

USB boleh menyambungkan perkakasan komputer seperti tetikus, papan kekunci, pad permainan dan kayu bedik, pengimbas, kamera digital, pencetak, cakera keras dan komponen rangkaian komputer. Bagi peranti multimedia seperti pengimbas dan kamera digital, sambungan USB menjadi sambungan piawaian. Bagi pencetak pula, populariti USB secara beransur-ansur menggantikan port selari kerana teknologi USB memudahkan pengguna untuk menyambungkan lebih daripada satu pencatak pada komputer. Setakat tahun 2004, terdapat lebih kurang 1 bilion peranti USB di dunia. Setakat tahun 2005, peranti yang tidak dapat disambungkan melalui port USB hanyalah monitor komputer serta perkakasan video digital berkualiti tinggi kerana peranti tersebut memerlukan kadar pemindahan data yang sangat tinggi.

Piawaian

Rekabentuk USB dipiawaikan oleh Forum Pelaksana USB (USB-IF), sebuah badan piawaian industri yang menggabungkan syarikat-syarikat ternama dari industri pengkomputeran dan elektronik. Antara ahlinya termasuk Apple Computer, Hewlett-Packard, NEC, Microsoft, Intel, dan Agere.

Sehingga Januari 2005, spesifikasi USB adalah pada versi 2.0. Hewlett-Packard, Intel, Lucent, Microsoft, NEC dan Philips bergabung tenaga dalam merintis inisiatif untuk membangunkan spesifikasi yang lebih baik dari versi 1.1 dari sudut kadar pemindahan data yang lebih pantas untuk memenuhi permintaan kelajuan pemindahan data teknologi yang sedang membangun. Spesifikasi USB 2.0 telah dilancarkan pada April 2000 dan telah dipiawaikan oleh USB-IF pada akhir 2001. Pelancaran ketara sebelumnya adalah seperti spesifikasi 0.9, 1.0, dan 1.1. Setiap spesifikasi terbaru yang telah dipiawaikan berikut dapat digunakan pada spesifikasi versi yang terdahulu.

Sumber :- Wikipedia


0 Responses to “Universal Serial Bus (USB)”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



Masa Itu Emas…

Buat Renungan…

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan..."

Countdown

Arkib

UNTAIAN KATA-KATA…

Anda pengunjung ke…

Counter Powered by  RedCounter
Diurus & ditadbir oleh lee_sdj@yahoo.com sejak Jan 2010

%d bloggers like this: