02
Feb
10

Mengatasi Tekanan Perasaan

Stress

Emosi perlu dikawal. Tanpa emosi yang terkawal, amat sukar bagi pelajar mengulang kaji pelajaran dan menerima didikan guru secara optimum. Emosi yang tidak terkawal juga boleh berlanjutan sehingga menjadi penyakit jiwa. Namun begitu, segala-galanya selalu bermula daripada tekanan perasaan yang kecil, tetapi tidak dikendalikan dengan baik. Cuba pelajar praktikkan beberapa petua bagi mengatasi tekanan supaya tidak berlarutan dan menjadi di luar kawalan.

Antara tip bagi mengatasi tekanan perasaan ialah:-

1) Cari Punca Tekanan.

  • Untuk mengatasi tekanan perasaan, anda haruslah mencari puncanya dahulu. Bagaimanakah mahu memansuhkan tekanan perasaan jika kita mengetahui puncanya? Jadi, ambillah masa sebentar dan fikirkan apakah yang menyebabkan minda anda tidak selesa? Sumber manakah yang menerbitkan tekanan dan perasaan tidak tenteram dalam jiwa anda? Kadangkala tekanan itu berpunca daripada diri anda sendiri, akibat selalu suka bertangguh atau berlengah untuk mengulang kaji pelajaran sehingga membuatkan anda terlambat dan tertekan untuk terus mengulang kaji.

2) Lepaskan Perasaan

  • Ada kalanya tekanan mental yang membuak dalam diri anda itu sebenarnya berpunca daripada gelojak perasaan yang dipendam di dalam hati. Cubalah cari jalan untuk melepaskannya. Ada banyak cara untuk anda melepaskan perasaan dan salah satunya adalah dengan bersukan.Cuba ambil masa untuk berjoging atau lumba lari serta melakukan aktiviti riadah. Anda juga boleh bermain bola sepak atau bole jaring untuk mengeluarkan peluh serba sedikti.Saintis mengatakan bersukan dapat mengeluarkan hormon endorfin ke dalam tubuh, iaitu hormon yang mampu meredakan tekanan dan melegakan perasaan.
  • Selain itu, anda boleh juga meluangkan masa dengan mendaki bukit dan mengembara. Melihat pemandangan baharu boleh membantu meredakan tekanan selain menyegarkan perasaan. Setelah mendaki, misalnya, anda boleh menjerit sekuat-kuat hati di atas puncak bukit kerana menurut pakar psikologi, perasaan terpendam boleh dilepaskan dengan jeritan.

3) Pentingkan Diri Sendiri

  • Tekanan perasaan juga ada kalanya berpunca daripada sifat individu yang sentiasa mahu memuaskan hati orang lain. Oleh sebab terlalu banyak kehendak pihak tertentu yang mahu dipuaskan, akhirnya anda sendiri yang mendapat mudarat. Maka, sekali-sekala cubalah katakan tidak, dan utamakan diri anda sendiri. Cuba fikirkan yang terbaik untuk diri anda dan untuk masa hadapan anda sendiri. Utamakan langkah yang mahu dilakukan bagi mencapai cita-cita dan bukannya menurut kemahuan orang lain. Dengan cara itu, tekanan akibat mahu memuaskan hati orang akan luput serta-merta.
  • Namun begitu, tidak wajar untuk menolak permintaan dan pendapat orang lain bulat-bulat tanpa memikirnya. Ada kalanya mereka lebih berpengalaman, lebih tahu tentang sesuatu perkara daripada anda yang masih muda dan masih bersekolah. Maka, ambillah masa dan berbincang dengan mereka. Pertimbangkannya dengan sempurna. Jika kehendak mereka bersesuaian dengan anda, eloklah anda mematuhinya. Sebaliknya, jika kehendak mereka bukan matlamat yang mahu anda capai dalam hidup, segeralah mengatakan ‘tidak’ dan demi kesihatan mental anda, pentingkanlah diri sendiri.

4) Berfikiran Positif

  • Berfikiran positif juga mampu melupuskan tekanan dalam minda. Elakkan daripada sentiasa memikirkan kegagalan dan kesukaran kerana kegagalan dan kesukaran itu akan memberikan tekanan dan menghimpit jiwa anda sendiri. Pemikiran yang negatif akan membuatkan anda hilang motivasi dan menjadi batu penghalang yang membataskan anda untuk mencapai kejayaan. Kadang kala kesukaran dan kegagalan yang anda fikirkan itu semuanya tidak benar dan hanyalah mainan perasaan.
  • Sentiasalah memikirkan kejayaan dan ceriakan hati dengan mengenangkan masa hadapan yang cerah dan gemilang. Berfikirlah secara positif, kelak akan meningkatkan keyakinan, motivasi serta melarutkan tekanan dalam diri.

5) Berdoa untuk Menerangkan Hati

  • Berdoa petua yang mujarab bagi menerangkan hati dan melucutkan apa-apa sahaja tekanan dalam benak. Kadang kala, setelah bertungkus lumus belajar dan mengulang kaji pelajaran, anda akan berasa gelisah memikirkan pencapaian apabila diuji dalam peperiksaan kelak. Daripada membiarkan tekanan dan kerisauan mengganggu pemelajaran, atasilah dengan berdoa kepada Tuhan, melakukan ibadah serta berzikir. Anggaplah segala-galanya sebagai takdir yang mengandungi hikmah, rasa pasrah akan melucutkan tekanan anda.

Sumber :- Dewan Siswa


0 Responses to “Mengatasi Tekanan Perasaan”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



Masa Itu Emas…

Buat Renungan…

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan..."

Countdown

Arkib

UNTAIAN KATA-KATA…

Anda pengunjung ke…

Counter Powered by  RedCounter
Diurus & ditadbir oleh lee_sdj@yahoo.com sejak Jan 2010

%d bloggers like this: