02
Feb
10

SBT Tanda Aras Kecemerlangan

MATLAMAT utama Kementerian Pelajaran ialah untuk menjadikan sekolah berprestasi tinggi (SBT) sebagai tanda aras kecemerlangan bagi dicontohi sekolah lain terutama sekolah kebangsaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata memandangkan status berprestasi tinggi akan diberikan kepada sekolah yang mencapai atau melebihi tanda aras itu, kerajaan berharap lebih banyak sekolah berusaha meningkatkan kualiti dan menjadi pilihan utama semua rakyat Malaysia.

Beliau berkata sebagai sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam pendidikan, kerajaan meletakkan sasaran untuk mewujudkan 100 sekolah berprestasi tinggi menjelang 2012.

“Status itu akan diberi kepada sekolah terbaik yang mempunyai identiti unik yang membolehkan pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan.

“Sekolah-sekolah ini akan mempunyai budaya kerja yang kuat dan cemerlang dan melahirkan modal insan yang dinamik untuk pembangunan negara,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Muhyiddin berkata, dalam usaha meningkatkan prestasi sekolah, adalah penting untuk melahirkan pemimpin yang berprestasi tinggi di kalangan pemimpin-pemimpin sekolah.

“Guru Besar, pengetua dan pasukan kepimpinan sekolah haruslah dinamik, tekun, berdisiplin dan pakar dalam bidang mereka serta berorientasikan hasil.

“Dalam membina kecemerlangan, pemimpin sekolah mesti mengenal pasti secara spesifik cabaran yang perlu ditangani, mempunyai fokus yang jelas mengenai hasil dan prestasi yang ingin dicapai dan mengamalkan secara berterusan budaya ingin cemerlang,” katanya.

Tambah beliau, mereka ini (pemimpin sekolah) perlu mempunyai sikap sanggup menerima cabaran dan sentiasa berusaha mencari idea dan amalan baru dalam meningkatkan kualiti pengurusan sekolah dan pembelajaran.

“Tanpa pemimpin yang mempunyai prestasi tinggi, pelajar tidak akan mencapai kecemerlangan dan kualiti sekolah juga akan menurun,” ujarnya.

Dipetik Daripada Portal Pendidikan Utusan Malaysia.


0 Responses to “SBT Tanda Aras Kecemerlangan”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



Masa Itu Emas…

Buat Renungan…

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan..."

Countdown

Arkib

UNTAIAN KATA-KATA…

Anda pengunjung ke…

Counter Powered by  RedCounter
Diurus & ditadbir oleh lee_sdj@yahoo.com sejak Jan 2010

%d bloggers like this: