02
Feb
10

Kenali Yahoo!

Yahoo! merupakan enjin carian yang tidak asing lagi kepada kita. Enjin carian ini akan menghubungkan kita dengan tapak-tapak web yang lain. Laman-laman web ini akan didedahkan pada portal Yahoo! dan kita dapat memulakan carian maklumat kita dengan mudah dan cepat. Siapa sangka portal yang pada mulanya dibangunkan atas dasar hobi kini menjadi sebuah portal dan juga syarikat yang paling berpengaruh dalam dunia maya. Walaupun kita sering memilih Yahoo! sebagai medium carian maklumat, namun berapa ramai daripada kita yang tahu berkenaan dengan sejarah penciptaan Yahoo!…

Sejarah Yahoo! bermula pada Januari 1994 oleh dua orang pelajar Kejuruteraan Elektrik lulusan Universiti Standford bernama David Filo dan Jerry Yang. Pada mulanya mereka membina laman web yang diberi nama “Jerry’s Guide to the World Wide Web”. Laman web ini merupakan direktori kepada laman web yang lain dan disusun dalam bentuk hierarki. April 1994, “Jerry’s Guide to the World Wide Web” ditukar namanya kepada “Yahoo!”. Yahoo! merupakan singkatan kepada “Yet Another Hierarchical Officious Oracle”.

Dengan bilangan pekerja yang tidak sampai 50 orang ketika di awal penubuhannya, kini Yahoo! mempunyai staf berjumlah 7600 orang dan Yahoo! juga dikatakan antara syarikat yang berasaskan portal yang terselamat dan masih hidup sehingga ke hari ini selepas gelombang keruntuhan dotcom pada penghujung tahun 90-an.

Panduan Yahoo! dengan pantas menjadi popular sebagai tapak popular bagi mendapati laman Internet berguna. Pada musim luruh 1994, Yahoo! mencecah capaian sejuta sehari, iaitu hampir 100 ribu pelawat unik. Menyedari hakikat bahawa laman web ciptaan mereka ini mendatangkan peluang perniagaan yang berpotensi,  Yang dan Filo telah memperbadankan Yahoo! pada 2 Mac 1995. Kini Yahoo! merupakan salah satu laman tertinggi dilawati di internet, menerima melebihi 345 juta pengunjung setiap bulan.

Sepanjang tahun kewujudannya, Yahoo! telah melalui beberapa pertukaran muka utama. Yahoo! kini berkembang kepada portal talian terbesar, menawarkan semua perkara dari membeli-belah, video, dan siaranpod (podcasts) untuk kewangan, berita, harta tanah, dan persendirian.

Terdapat pelbagai cara bagi mendedahkan laman Web seseorang pada portal Yahoo!. Antaranya adalah:-

  • Penyerahan Laman Mobil (Mobile Site Submission)
  • Penyerahan Podcast (Podcast Submission)
  • Penyerahan Barangan (Product Submission)
  • Penyerahan Direktori Yahoo (Yahoo Directory Submission)
  • Suapan RSS Media (Media RSS Feeds)
  • Jawapan Yahoo (Yahoo Answers)

Pada ketika ini portal Yahoo! menerima saingan hebat daripada portal-portal lain seperti Google, MSN dan AOL. Sungguhpun begitu, portal ini tetap utuh di landasan dan sukar untuk menafikan popularitinya dalam kalangan pengguna Internet. Ini berdasarkan pernyataan yang dikeluarkan pengasasnya iaitu Jerry Yang sendiri iaitu mereka akan memastikan produk yang dibangunkan oleh Yahoo! dapat memuaskan hati pengguna dan memenuhi keperluannya.

Bagi melebarkan sayapnya, Yahoo! telah membeli 22 buah syarikat terkemuka yang kesemuanya adalah berkaitan dengan aktiviti Internet. Antara syarikat terkenal yang telah dibeli oleh Yahoo! adalah seperti Overture, Inktomi, Kelkoo dan GeoCities.

Tahukah anda bahawa keuntungan Yahoo! banyak diperoleh menerusi pengiklanan? Pengiklanan menyumbang 85% keuntungan Yahoo!. Untuk 3 bulan terakhir bagi tahun 2004 sahaja, Yahoo! telah mencatat keuntungan sebanyak USD 187 juta iaitu 149% peningkatan berbanding tahun sebelumnya untuk tempuh masa yang sama. Pada masa ini pengiklanan berasaskan carian dan jenama seperti banner adalah merupakan jenis pengiklanan yang sangat popular di Internet.

Maka tidak hairanlah apabila , pihak Microsoft Corporation membuat bidaan sebanyak US$44.6 billion ke atas Yahoo! pada bulan Februari 2008, namun ditolak dengan alasan bidaan tersebut bukannya nilai sebenar Yah00! dan tambahan pula Yahoo! tidak berminat untuk berkongsi.

Begitu bernilainya Yahoo!. Walaupun bermula dengan hanya sebagai hobi mereka di Internet, Yang dan Filo sudah pasti berbangga dengan kejayaan mereka ini dan mereka tidak pernah membayangkan bahawa usaha di talian mereka akan menjadi salah satu jenama paling terkemuka di Internet .


0 Responses to “Kenali Yahoo!”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



Masa Itu Emas…

Buat Renungan…

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan..."

Countdown

Arkib

UNTAIAN KATA-KATA…

Anda pengunjung ke…

Counter Powered by  RedCounter
Diurus & ditadbir oleh lee_sdj@yahoo.com sejak Jan 2010

%d bloggers like this: