09
Feb
10

Larian DJ Kali Ke-8 (2010)

Tanggal 6 Februari 2010, SMK Dato’ Jaafar telah mengadakan Larian DJ yang merupakan acara pembuka tirai bagi aktiviti kokurikulum saban tahun dan ini merupakan Larian DJ kali ke-8. Larian ini melibatkan semua pelajar yang yang mewakili rumah sukan masing-masing (Jati, Balau, Keruing & Meranti) yang meliputi 4 kategori iaitu L 13, L 15, L 20 & P 20.

Untuk larian kali ini, para pelajar perlu menamatkan larian sejauh 5 km melewati taman perumahan yang berdekatan. Suasana yang cukup meriah dapat disaksikan pada awal pagi lagi. Para peserta kelihatan begitu teruja untuk memulakan larian mereka. Bagi pelajar-pelajar tingkatan 1, ini merupakan pengalaman pertama mereka dalam acara larian ini.Sebelum peserta dilepaskan, mereka melakukan senaman ringan dan lebih kurang pukul 8.30 pagi para peserta dilepaskan.

Senaman ringan

Pelajar melakukan senaman ringan...

Para pelajar dilepaskan...

Kira-kira pukul 9.45 pagi semua peserta telah pun menamatkan larian dan tepat pukul 10.45 pagi semua guru dan pelajar berkumpul di Dewan Jaya untuk sama-sama mengikuti upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang yang berjaya. Peserta yang mendapat tempat pertama hingga ke-15 mendapat pingat dan juga sijil penyertaan. Apa yang istimewanya tahun ini ialah pemenang tempat pertama bagi setiap kategori mendapat wang tunai RM 100, sumbangan daripada pihak ibu bapa.Majlis penyampaian hadiah telah  disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK Dato’ Jaafar, En. Goh Chee Kiat, Penolong Kanan Pentadbiran, En. Arbain b. Miswan, Penolong Kanan HEM, En. Ahmad b. Yusop dan Penolong Kanan Kokurikulum, En. Armugam a/l Ramachandran.

Majlis penyampaian hadiah di Dewan Jaya

Penyampaian hadiah oleh tuan pengetua...

Penolong kanan menyampaikan hadiah...

Penolong kanan HEM menyampaikan hadiah...

Penolong kanan kokurikulum menyampaikan hadiah...

Keputusan keseluruhan bagi acara Larian DJ 2010 menyaksikan rumah JATI menewaskan rumah-rumah sukan yang lain. Tempat ke-2 disandang oleh rumah BALAU, ke-3 rumah KERUING dan ke-4 rumah MERANTI.

Para pemenang bg kategori L 13...

Para pemenang bg kategori L 15...

Para pemenang bg kategori L 20...

Para pemenang bg kategori P 20...

Juara keseluruhan...rumah JATI

Tahniah diucapkan kepada rumah JATI dan kepada rumah-rumah yang lain cuba lagi tahun hadapan. Majlis pada hari ini telah diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah dengan penuh bersemangat dan bertenaga oleh guru-guru dan juga para pelajar. Majlis berakhir kira-kira pukul 12.15 tgh hari. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Larian DJ kali ke-8 ini dan tidak lupa juga kepada mereka yang telah memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk wang ringgit, masa dan tenaga. Sekali lagi diucapkan tahniah kepada rumah sukan yang berjaya dan yang tidak berjaya jangan berputus asa. Jumpa lagi tahun 2011. “Majulah Sukan untuk SDJ”…-:)


0 Responses to “Larian DJ Kali Ke-8 (2010)”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



Masa Itu Emas…

Buat Renungan…

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan..."

Countdown

Arkib

UNTAIAN KATA-KATA…

Anda pengunjung ke…

Counter Powered by  RedCounter
Diurus & ditadbir oleh lee_sdj@yahoo.com sejak Jan 2010

%d bloggers like this: