23
Feb
10

Info Menarik

1. Mao Tse tsung tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Beliau mengunakan air teh utk berkumur danakan mengunyah daun teh mentah utk membersihkan giginya.

2. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. Amerika menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali.

3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.


4.Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune .

5. Di Albania, menggelengkan kepala  bermaksud  ‘ya’ dan menggangguk bermaksud ‘tidak.’

6. Kebanyakan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya daripada sel-sel kulit kita yang mati.

7.  Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap  2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

8. Kandungan  emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.

9. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km.

10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

11. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

12. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

13. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

14. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

15. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan
boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

16.Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuhlebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapatmengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

17. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

18. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu

19. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah

20.Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

21. Otot yang bekerja paling cepat pada tubuh kita ialah otot di kelopak mata yang membuatkan kita berkedip. Kita mampu berkedip sebanyak 5 kali dalam sedetik.

22. Warna minuman Coca-Cola yang disukai ramai pada masa ini, dahulunya berwarna hijau.

23. Jika kita kehilangan satu mata, kita akan kehilangan 1/5 daripada pengelihatan kita dan kehilangan seluruh pandangan tentang   kedalaman objek.

24. Nama paling popular di dunia ialah Muhammad.

25.Purata setiap manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam sahaja. Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

26. Tahukah anda, di waktu malam deria penglihatan golongan wanita lebih baik jika dibandingkan dengan golongan lelaki. Disebabkan itu, wanita lebih mudah mencari lilin jika terputus bekalan elektrik di waktu malam. Orang lelaki jangan marah, ya!

27. Mengunyah gula-gula getah semasa menghiris bawang boleh mengelakkan mata pedih. Jika tak percaya, cubalah!

28. Gas methane yang terdapat pada timbunan najis babi di sebuah kandang haiwan berdekatan dengan Verona, Itali telah diletupkan dengan menggunakan kotak fius. Adalah memeranjatkan bila sahaja fius dinyalakan berlaku ledakan hebat seperti bom yang memusnahkan kandang babi bersama dengan 500 binatang itu yang ada di dalam kandang.
Bila letupan berlaku babi berlambungan ke udara dan jatuh berkecai ke bumi. Kekuatan gas pada najis binatang itu adalah cukup hebat yang mana seoerang yang sempat menyaksikan peristiwa itu menganggapnya sebagai peristiwa kiamat.

29. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki mereka untuk dijadikan makanan pada anak-anaknya yang baru menetas. Tujuannya untuk mengelakkan anak-anaknya daripada memakan sesama sendiri.

30. Keluasan Benua Antartika adalah 14 juta kilometer persegi. Jika negara India dan China dicantumkan, keluasannya masih gagal menandingi kawasan benua beku itu. Ini kerana 90 peratus dari benua Antartika dilitupi ais dengan ketebalan kira-kira dua kilometer, manakala keluasan litupan ais pula adalah 30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut akan naik mendadak di antara 50-60 meter dan menenggelamkan sebahagian besar muka bumi kita.

31. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

32. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

33. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

34. Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

35. Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.

36. Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan.

37. Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.

38. Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar code’ bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama yang mempunyai `bar code’ adalah `chewing gum’ Wrigleys.

39. Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang kan meninggal dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit.

40. Jutawan Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke kediaman baru mereka berhampiran Seattle, Amerika. Rumah yang menelan kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai peralatan elektronik canggih. Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang dikehendaki dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya dilekatkan pada kocek baju.

41. Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah atau kuning.

42. Epal lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu mudah bangun pagi.

43. Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan.

44. Kilat boleh mencampurkan nitrogen dan oksijen dan menghasilkan 100 juta tan makanan tumbuhan (baja) setahun.

45. Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka anda.

46. Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di kulit atau terbakar.

47. Kon ais krim yang pertama telah dikeluarkan di New York City pada tahun 1896 oleh Italo Marchiony, seorang yang berpindah dari Itali pada akhir 1800. Acuan tersebut telah dijadikan paten pada Disember 1903. Pada tahun 1904, kon ais krim telah diperkenalkan kepada St. Louis World’s Fair apabila pembuat wafel dari Syria bernama E.A. Hamwi mula membuat wafel dalam bentuk kon untuk kegunaan pengeluar ais krim yang bekerjasama. Kon ini telah digunakan sehingga sekarang dimana berbilion kon dikeluarkan setiap tahun.

48. Adalah dianggarkan sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan setiap hari untuk perbelanjaan membeli rokok di seluruh dunia. Pada masa sekarang industri rokok mencatatkan jualan tahunan di antara 85 – 100 billion dolar. Jumlah tersebut adalah menyamai satu per empat peruntukan pembelian senjata dunia.

49. Taj Mahal merupakan salah satu binaan yang terkenal di dunia yang dibina semata-mata bagi mengabadikan sebuah cinta yang suci seorang suami terhadap isterinya. Taj Mahal yang terletak di Agra , Uttar Pradesh , India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul. Bangunan cantik tersebut diseliputi oleh batu marmar putih berkilauan. Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat menyintai isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil masa sehingga dua puluh tahun itu berjaya disiapkan pada 1653.Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh.

50. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang anda pakai sekarang ni.

51. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

52. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa daripada orang lain.

53. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepaskan anda serta merta.

54. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.


0 Responses to “Info Menarik”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



Masa Itu Emas…

Buat Renungan…

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan..."

Countdown

Arkib

UNTAIAN KATA-KATA…

Anda pengunjung ke…

Counter Powered by  RedCounter
Diurus & ditadbir oleh lee_sdj@yahoo.com sejak Jan 2010

%d bloggers like this: