23
Feb
10

Khalifah Umar mati ditikam ketika imamkan solat Subuh

KHALIFAH Umar memimpin negara Islam selama 10 tahun enam bulan. Dalam kesibukan mentadbir negara, baginda tidak pernah meninggalkan tanggungjawab berdakwah terhadap orang bukan Islam, namun tidak menggunakan paksaan.

Umar meninggal dunia pada 26 Zulhijjah tahun 23 hijrah, ketika usia 63 tahun, selepas beberapa hari menanggung kesakitan ditikam seorang hamba Majusi dari Parsi dikenali Fairuz.

Jenazahnya disemadikan bersebelahan makam Rasulullah SAW. Sebelum menghembuskan Umar memberikan ucapan kali terakhir, berbunyi: “…Kepada pemimpin yang menggantikan tempatku nanti, hendaklah diterima kehadirannya seolah-olah pusaka warisanku yang membawa kebaikan kepada rakyat dan negara menawarkan keimanan dan kediaman bagi kita semua.

“Dia perlu membanyakkan amalan mulia dan mengurangkan kesilapan perlu memberi layanan baik pada orang Arab kerana mereka adalah paksi kekuatan Islam. Cukai yang diperoleh perlu diagihkan bagi keperluan orang miskin.

“Mengenai orang Yahudi dan Nasrani biar mereka mengurus mengikut petunjuk oleh Rasulullah.

“Ya Allah, aku mengakhiri arah tujuku dan kini sesiapa yang datang selepasku, akan menerima sebuah pemerintahan dan kekhalifahan yang terbentuk kukuh, bergerak dalam suasana aman.”

Khalifah Umar mati akibat ditikam berkali-kali dengan sebilah pisau bermata dua, ketika mengimamkan solat Subuh yang disertai kalangan sahabat di masjid.

Ada riwayat mengatakan, Umar ditikam sebanyak enam kali dan antaranya terkena di bahagian bawah pusat dan bahu menyebabkannya terus rebah dan beberapa hari kemudian meninggal dunia.

Selepas Umar jatuh, Fairuz terus menyerang jemaah dan dia sempat menikam 13 orang dengan enam daripadanya turut terbunuh.

Dalam pergelutan itu, dia pula membunuh diri sendiri.

Fairuz sebenarnya hamba kepada Mughirah bin Syu’bah diambil sebagai pekerja dengan upah empat dirham sehari membuatkannya langsung tidak puas hati, lalu berjumpa dengan Umar di sebuah pasar.

Dia memberitahu khalifah, Mughirah menyusahkannya, lalu meminta Umar membantu menyelesaikan masalahnya. Tetapi, Umar mengesyorkan dia berbincang dengan majikannya, iaitu Mughirah.

Jawapan Umar secara ringkas itu menimbulkan perasaan tidak senang terhadap Fairuz, lalu dia menaruh dendam khalifah itu.

Dia mempersiapkan sebilah pisau bermata dua yang tajam dan menunggu masa sesuai melepaskan dendam terhadap Umar. Dia bersembunyi di dalam masjid menunggu peluang menikam Umar yang akan menunaikan solat Subuh.

Umar ditikam ketika membaca ayat suci pada rakaat pertama. Disebabkan cedera dan tidak mampu untuk berdiri lagi, Abdul Rahman mengambil alih tugas mengimamkan solat Subuh berkenaan.

Selepas itu, Umar berkata: “Syukur kepada Allah yang mentakdirkan kematianku di tangan seorang yang tidak pernah sujud kepada Allah sepanjang hidupnya.”

Kemudian, Umar memberitahu anaknya supaya mengenal pasti hutang yang ditanggungnya dan jika ada diminta menggunakan harta keluarga untuk membayarnya.

Di samping itu, baginda menyuruh anaknya meminta izin Aisyah supaya jenazahnya disemadikan bersebelahan makam Rasulullah SAW.

Walaupun dalam keadaan tenat dan menanti saat menghembuskan nafas terakhir, Umar mampu menguruskan tugas membabitkan kepentingan negara.

Baginda menghubungi majlis syura untuk memaklumkan supaya memilih khalifah selepas kematiaannya. Majlis syura dianggotai Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Saad bin Abi Waqas, Zubair bin Awwam, Abdul Rahman bin Auf dan Talhah bin Ubaidullah.


0 Responses to “Khalifah Umar mati ditikam ketika imamkan solat Subuh”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



Masa Itu Emas…

Buat Renungan…

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan..."

Countdown

Arkib

UNTAIAN KATA-KATA…

Anda pengunjung ke…

Counter Powered by  RedCounter
Diurus & ditadbir oleh lee_sdj@yahoo.com sejak Jan 2010

%d bloggers like this: