23
Feb
10

Statistik Menarik Tentang Internet

1. Jumlah keseluruhan pengguna Internet di seluruh dunia seperti yang dilaporkan oleh Internet-World-Stats pada Februari 2004 ialah hampir 740 juta. 650 juta pengguna daripada jumlah tersebut merupakan pengguna yang berada dalam lingkungan 25 negara teratas di dunia yang mempunyai bilangan pengguna paling banyak di dunia.

2. Amerika Syarikat mempunyai bilangan pengguna Internet yang paling ramai di dunia iaitu sebanyak 199 juta mendahului negara yang paling banyak penduduk di dunia di China yang menduduki tempat ke-2.


3. Menurut laporan Internet-World-Stats pada Februari 2004, walaupun Amerika Syarikat mempunyai bilangan pengguna Internet paling ramai di dunia, namun dari segi kadar penembusan penggunaan Internet, ia jatuh ke tempat ke-2. Tempat pertama disandang oleh Sweden yang mempunyai kadar penembusan sebanyak 77% berbanding dengan Amerika Syarikat yang hanya 68%.


4. Malaysia menduduki tangga ke-19 dalam senarai 25 negara teratas yang mempunyai jumlah pengguna Internet paling ramai. Walaubagaimanapun, dari segi kadar penembusan, Malaysia tidak tersenarai dalam lingkungan 25 negara teratas yang mempunyai kadar penembusan penggunaan tertinggi. Kadar penembusan bagi Malaysia hanyalah 32% sahaja.

5. Kadar penembusan yang tertinggi bagi negara Asia ialah Hong Kong yang menduduki tangga ke-5 dunia. Negara-negara Asia yang lain yang turut berada dalam senarai Top 10 ialah Korea Selatan yang menduduki tempat ke-8 dunia dan Singapura yang menduduki tempat ke-9 dunia. Secara ringkas, negara-negara Asia yang mempunyai kadar penembusan bagi penggunaan Internet yang tertinggi ialah Hong Kong, Korea Selatan, Singapura, Taiwan dan Jepun.

6. Benua Afrika merupakan benua yang mempunyai jumlah pengguna Internet yang paling rendah berbanding dengan  benua-benua lain iaitu sebanyak 10 juta orang. Namun, apa yang menarik ialah kadar pertambahan pengguna dalam tempoh empat tahun iaitu dari tahun 2000 sehingga 2004 adalah sangat menggalakkan dengan peningkatan sebanyak 123.6%.

7. Agak pelik kerana negara-negara gergasi dunia seperti China dan Rusia mempunyai kadar penembusan penggunaan Internet yang sangat rendah. Kadar penembusan bagi China hanyalah 6% manakala Rusia pula 4.1% sahaja.

8. Antara 25 negara teratas yang mempunyai jumlah pengguna paling ramai di dunia, India dan Indonesia mempunyai kadar penembusan penggunaan yang paling rendah. Kadar penembusan bagi India begitu rendah iaitu 1.5% manakala Indonesia pula sebanyak 3.6%.

9. Berdasarkan laporan GlobalReach bagi bulan Mac 2004, bahasa yang paling popular digunakan di Internet ialah Bahasa Inggeris iaitu sebanyak 35.8% diikuti dengan Bahasa Cina sebanyak 14.1% dan Jepun 9.6%.

10. Di Malaysia pula, Bahasa Melayu menjadi bahasa utama Internet diikuti dengan Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris.


0 Responses to “Statistik Menarik Tentang Internet”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



Masa Itu Emas…

Buat Renungan…

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan..."

Countdown

Arkib

UNTAIAN KATA-KATA…

Anda pengunjung ke…

Counter Powered by  RedCounter
Diurus & ditadbir oleh lee_sdj@yahoo.com sejak Jan 2010

%d bloggers like this: