24
Feb
10

1Pelajar 1Sukan

SATU pelajar, satu sukan untuk 1Malaysia. Ia wajib bagi setiap pelajar di seluruh negara bermula tahun hadapan.

Arahan baru ini antara strategi yang bakal dilaksanakan Kementerian Pelajaran (KPM) dalam usaha melahirkan warga yang berjaya dalam akademik dan sukan.

Potensi yang ada pada setiap pelajar itu akan dipergunakan sepenuhnya ke arah membentuk mereka menjadi seorang atlet atau pelajar yang cemerlang dan berwibawa.


KPM di dalam kenyataannya meminta semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan sekolah supaya membuat persiapan rapi berkaitan pembangunan sukan di sekolah-sekolah dengan menjadualkan program sukan sepanjang tahun dalam membuka ruang untuk setiap pelajar menyertai pelbagai jenis sukan di sekolah.

Kenyataan itu juga menjelaskan bahawa KPM juga telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pembangunan Sukan di sekolah yang mana ahli-ahlinya terdiri daripada wakil pelbagai pihak yang berkepentingan dalam sukan di negara ini.

Menteri Pelajaran sendiri akan merancang, melaksana dan memantau program pembangunan sukan di setiap sekolah di seluruh negara.

Beberapa strategi telah dikenal pasti dalam melaksanakan program ini.

Perinciannya pula akan dilakukan apabila data dan maklumat berkaitan sudah diperoleh daripada sekolah-sekolah bagi menentukan supaya strategi yang dikenal pasti menepati sasaran yang dikehendaki.

Oleh itu, pengetua, PPD dan JPN wajib mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan pelaksanaan dasar ini sejajar dengan hasrat melaksanakan konsep 1Malaysia serta mengembalikan kegemilangan sukan di sekolah.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa kerana agenda sukan sudah semakin dipinggirkan di semua sekolah diseluruh negara.

Beliau juga menegur peranan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) yang semakin ‘longlai’ menggerakkan aktiviti mereka.

Bagi menentukan MSSM kembali berfungsi seperti beberapa tahun dulu, Muhyiddin mengumumkan peruntukan berjumlah RM89 juta kepada MSSM bagi membolehkan mereka merangka strategi baru untuk memartabatkan sukan pada peringkat sekolah dan seterusnya negara.

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
sukan@kosmo.com.my

0 Responses to “1Pelajar 1Sukan”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



Masa Itu Emas…

Buat Renungan…

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan..."

Countdown

Arkib

UNTAIAN KATA-KATA…

Anda pengunjung ke…

Counter Powered by  RedCounter
Diurus & ditadbir oleh lee_sdj@yahoo.com sejak Jan 2010

%d bloggers like this: