24
Feb
10

Berilmu Tanpa Amal Akan Musnah

Diriwayatkan bahawa, suatu ketika, sedang Rasulullah s.a.w berjalan ke masjid, baginda ternampak syaitan berdiri di pintu masjid tersebut sambil matanya terjegil memerhati sesuatu. Sahut Nabi s.a.w, “Hai iblis, apa yang sedang kau lakukan itu?’. Lalu jawab iblis:”Eerr…sebenarnya saya mahu masuk ke dalam masjid untuk menganggu sembahyang pemuda itu, tapi…saya takut kepada orang yang tidur berhampiran dengannya”.

Rasulullah s.a.w terus bertanya,” Hai iblis, mengapa engkau tidak takut kepada orang yang sedang sembahyang itu sedangkan dia dalam keadaan beribadah kepada Allah s.w.t serta bermunajat kepada-Nya. Tetapi orang yang tidur itu tentunya dalam keadaan lalai tetapi mengapa pula engkau takut?”. Iblis pun terus menjawab,” Sebenarnya pemuda yang sedang sembahyang itu adalah seorang yang  jahil, jadi cukup mudahlah bagiku menganggunya. Sedangkan orang yang tidur disisinya itu ialah orang alim. Jadi aku bimbang kalau-kalau dia terbangun dan membetulkan kesilapan pemuda itu, atau pun memberitahunya perkara-perkara yang merosakkan sembahyangnya. Itulah yang membimbangkan aku…”

Peristiwa ini diharapkan dapat kita sama-sama renungkan terutama tentang pentingnya ilmu dalam menjalani ibadah. Lantaran itulah Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidurnya orang alim itu lebih baik daripada ibadah orang yang jahil”.

Dalam kita menuntut ilmu, pelbagai rintangan dan cabaran harus ditempuh. Adab dan disiplin mesti dipatuhi agar ilmu itu terkandung rahmat dan barakahnya.

Imam asy-Shafi’i r.a pernah mengadu kepada gurunya tentang kesukarannya dalam menhafaz. Apa jawab si guru…?” Hendaklah kamu meninggalkan maksiat. Hendaklah kamu meninggalkan maksiat…”

Rasulullah s.a.w juga memberikan panduan bagaimana untuk menjaga disiplin ilmu agar menjadi pelajar yang beradab serta mampu menyelami falsafahnya dan untuk beramal dengannya.

Sabda Baginda yang bermaksud,” Barang siapa ingin mudah menghafaz akan ilmunya, maka wajar baginya melazimi lima perkara:

1. Mendirikan sembahyang malam (qiamullail) meski pun hanya dua rakaat.

2. Sentiasa berada dalam keadaan berwudhu’.

3. Sentiasa bertaqwa kepada Allah sama ada di khalayak ramai ataupun          seorang diri.

4. Mengambil makanan sekadar untuk menguatkan diri beribadah kepada Allah dan taqwa, bukannya untuk menurut kehendak nafsu.

5. Sentiasa  menggunakan siwak atau bersugi.


0 Responses to “Berilmu Tanpa Amal Akan Musnah”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



Masa Itu Emas…

Buat Renungan…

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan..."

Countdown

Arkib

UNTAIAN KATA-KATA…

Anda pengunjung ke…

Counter Powered by  RedCounter
Diurus & ditadbir oleh lee_sdj@yahoo.com sejak Jan 2010

%d bloggers like this: