24
Feb
10

Kurikulum lebih kreatif, menyeronokkan diperkenal

Penerokaan ilmu secara inovatif, tidak berorientasi peperiksaan

PAGOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi kurikulum sekolah yang menekankan aspek penerokaan ilmu secara mendalam melalui pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan tidak hanya berorientasikan peperiksaan semata-mata.


Timbalan Perdana Menteri berkata, transformasi yang lebih berpusatkan murid itu bagi menerapkan aspek budaya berfikir kreatif dan inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Katanya, proses pembelajaran dalam bilik darjah tidak didominasikan oleh guru, sebaliknya mementingkan interaksi antara murid, guru dan rakan sekelas yang diharap membantu percambahan idea serta minda yang kreatif dan inovatif.

“Kunci kepada pemupukan budaya inovasi adalah kokurikulum yang seimbang dari aspek penyampaian ilmu dan penjanaan budaya berfikir kerana kajian menunjukkan antara halangan utama pemupukan budaya ialah sikap mementingkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan semata-mata tanpa penekanan penerokaan ilmu dan penjanaan budaya berfikir.

“Budaya kreatif dan inovasi perlu dipupuk pada peringkat awal dan sekolah adalah inkubator inovasi paling penting dalam usaha melahirkan generasi pemikir serta pencipta masa depan,” katanya ketika melancarkan Myideas@Schools, di Sekolah Kebangsaan (SK) Lenga, dekat Pagoh, di sini semalam.

Turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Ongkili, Ketua Setiausahanya, Datuk Madinah Mohamad dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, budaya kreativiti dan inovasi boleh dipupuk melalui kegiatan kokurikulum termasuk bengkel, seminar dan pertandingan kerana murid berpeluang mengemukakan idea kreatif dalam pelbagai bidang seperti seni penulisan, lukisan serta penciptaan.

Sehubungan itu, pelaksanaan Myideas@Schools adalah contoh inisiatif kerajaan untuk memupuk budaya inovasi di kalangan murid dan satu langkah melahirkan masyarakat berilmu dan berkemahiran tinggi.

Beliau berkata, fasa pertama program yang akan membabitkan 23 sekolah di seluruh negara dapat memberi impak yang berkesan dalam melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.

“Kita mahu idea bernas portal Myideas@Schools direalisasikan dalam bentuk produk, proses atau perkhidmatan yang berkesan kerana kita perlu memastikan idea bukan hanya tinggal idea, sebaliknya dipersembahkan dengan cara yang meyakinkan serta diterjemahkan dalam bentuk yang praktikal,” katanya.

Pada sidang akhbarnya, Muhyiddin berkata, transformasi kokurikulum itu adalah proses berterusan supaya pelajar tidak hanya tertumpu kepada peperiksaan untuk mendapat keputusan cemerlang semata-mata.

Sumber : Berita Harian


0 Responses to “Kurikulum lebih kreatif, menyeronokkan diperkenal”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



Masa Itu Emas…

Buat Renungan…

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan..."

Countdown

Arkib

UNTAIAN KATA-KATA…

Anda pengunjung ke…

Counter Powered by  RedCounter
Diurus & ditadbir oleh lee_sdj@yahoo.com sejak Jan 2010

%d bloggers like this: