26
Feb
10

10 Perkara Menarik tentang Samsung

SAMSUNG…satu jenama yang tidak asing lagi kepada kita dan apabila sebut saja SAMSUNG sudah pasti terbayang dalam fikiran kita produk-produk elektronik yang dikeluarkan oleh syarikat ini seperti TV warna, Paparan LCD TFT, paparan warna, produk audio dan banyak lagi. Kini, SAMSUNG juga turut menempa nama dalam bidang telekomunikasi, yang mana produk keluarannya berjaya menambat hati pengguna dan ini terbukti apabila SAMSUNG menjadi pengeluar telefon bimbit yang ketiga terbesar di dunia pada ketika ini. Satu pencapaian yang hebat buat SAMSUNG, syarikat yang dikatakan masih ‘muda’, di mana SAMSUNG ditubuhkan kira-kira 66 tahun lalu oleh LEE BYUNG-CHULL dan berikut 10 perkara menarik yang anda perlu tahu tentang SAMSUNG untuk mengenalinya dengan lebih dekat lagi.

1. Samsung merupakan salah satu syarikat elektronik yang terbesar di dunia. Syarikat ini berpangkalan di Korea Selatan di kawasan yang dikenali sebagai Taegu. Berbanding dengan syarikat-syarikat elektronik di Jepun yang lazimnya ditubuhkan sebelum abad ke-20, syarikat ini dikatakan lebih ‘muda’ dimana Samsung ditubuhkan kira-kira 66 tahun yang lalu oleh Lee Byung-Chull dengan peruntukan kewangan sebanyak 30,000 won sahaja. Apa yang menariknya pada peringkat awal penubuhannya, Samsung tidak langsung terlibat dalam industri elektronik sebaliknya hanya mengeksport ikan, sayuran dan buah-buahan ke wilayah Manchuria dan sekitar Beijing, China. Hanya pada tahun  1953, barulah Samsung terlibat dalam industri pengeluaran itupun tidak berkaitan langsung dengan industri ICT sebaliknya mengeluarkan gula.

2. Samsung terlebih dahulu mengukir nama dalam bidang insurans, yang mana perkhidmatan ini telah diperkenalkan pada tahun 1958 dan kemudiannya terlibat dalam industri peruncitan dengan memiliki pasa raya pada tahun 1963. Samsung juga turut terlibat dalam industri percetakan, yang mana syarikat ini telah mengeluarkan akhbar harian yang diberi nama Joong-Ang IIIbo pada tahun 1965.

3. Samsung mula terlibat dalam industri elektronik hanyalah pada tahun 1969 dan dikenali sebagai Samsung Electronics. Ini bermakna penglibatan Samsung dalam industri ini masih lagi baharu iaitu hanya 35 tahun jika hendak dibandingkan dengan kebanyakan syarikat Jepun yang rata-ratanya melebihi 50 tahun. Namun itu bukannya satu halangan bagi Samsung untuk mengecapi kejayaan yang luar biasa dalam industri dan ini cukup mengagumkan banyak pihak terutamanya dalam industri telekomunikasi dan semikonduktor.

4. Ketika ini Samsung memfokuskan kepada 5 bidang utama iaitu telekomunikasi yang merangkumi telefon bimbit dan rangkaian (sistem tanpa bayar, jalur lebar, sistem telefon perniagaan), perkakasan rumah (mesin basuh, peti ais), media digital, paparan LCD dan semikonduktor.

5. Samsung menyifatkan dekad 70-an sebagai era industri di mana syarikat ini mula-mula berkecimpung dalam industri berat dan elektronik secara serius. Ini dapat dilihat melalui 2 anak syarikatnya yang terlibat dalam industri berat telah ditubuhkan pada tahun 1974 iaitu Samsung Petrochemical dan Samsung Heavy Industries. Pada tahun 1977, Samsung Electronics telah mula mengeksport TV warna keluaran negara dan pada penghujung dekad tersebut, Samsung telah mencipta satu rekod tersendiri di mana jualan eksportnya mencecah USD 100 billion.

6. Pada dekad 80-an, Samsung telah mula terlibat secar aktif dalam membangunkan produk-produk yang berasaskan elektronik dan semikonduktor. Antaranya seperti pembangunan cip DRAM 64K yang pertama seumpamanya di Korea pada tahun 1983 dan perakam pita video yang terkecil dan teringan di dunia pada tahun 1986, yang hanya bersaiz 4 mm sahaja.

7. Dekad 90-an pula meyaksikan nama Samsung terus gah dalam industri ICT sebagai antara organisasi yang perlu diberikan perhatian. Ini adalah kerana Samsung telah merintis beberapa teknologi baharu di samping mengeluarkan perkakasan secara besar-besaran untuk pasaran dunia. Ini terbukti apabila:-

a. Samsung Electronics mula membangunkan paparan LCD TFT bersaiz 10.4 inci pada tahun 1992.

b. Pada tahun yang sama juga, Samsung telah membuka kilang pengeluaran TV warna di  luar Korea iaitu di Billingham, UK manakala satu kilang elektronik di China dan juga membangunkan cip DRAM 16 MB dipercayai yang pertama di dunia.

c. Pada tahun 1994, Samsung Heavy Industries telah berjaya membangunkan  kereta elektrik yang pertama di Korea manakala Samsung Electronic pula telah menjadi pembangun pertama di dunia yang membangunkan cip DRAM 256 MB.

d. Pengeluaran cip DRAM 64 MB pula telah dilakukan secara besar-besaran dalam tahun 1996. Pada tahun yang sama juga, Samsung Electronics telah membangunkan cip DRAM 1 GB, juga yang pertama di dunia.

e. Pada tahun 1997, kompleks pengeluaran yang terbesar di Asia Tenggara telah dibuka di Seremban, Malaysia. Sementara itu, Samsung SDS telah memulakan perkhidmatan komunikasi satelit.

f. Samsung Electronics sekali lagi menjadi perintis kepada pembangunan cip DRAM apabila membangunkan cip DRAM sinkronisasi 128 MB dan ingatan flash yang bersaiz 128 MB pada tahun 1998.

g. Tahun 1999 meyaksikan Samsung banyak terlibat dengan pembangunan semikonduktor, misalnya pembangunan prototaip 1 GB ingatan flash, pengeluaran cip 1 GB DDR DRAM yang pertama di dunia secara komersial, pengeluaran cip grafik terpantas di dunia pada waktu itu dengan kelajuan 222 Mhz bagi cip grafik 3D 32 MB SGRAM dan pengeluaran cip SDRAM 256 MB secara besar-besaran. Pada tahun yang sama juga, Samsung mula dikenali sebagai pesaing dalam industri telefon mudah alih apabila dikatakan mengeluarkan telefon mudah alih yang pertama di dunia yang menggabungkan ciri MP3. Samsung Electronics turut terlibat dalam industri yang melibatkan Internet apabila memeterai kontrak strategik dengan Amazon.com, memperkenalkan perkhidmatan Internet secara mobil yang dikenali sebagai Anyweb di Korea dan mula membangunkan telefon pintar yang ketika itu dikenali sebagai Wireless Internet Phone.

8. Seawal abad ke- 21 pula, Samsung banyak mengeluarkan cip semikonduktor yang dibangunkan sebelum ini secara besar-besaran. Antaranya seperti pengeluaran besar-besaran RAM 128 MB dan 256 MB DDR333, DRAM Rambus 256 MB dan ingatan flash 512 MB. Samsung juga terlibat dengan pembangunan paparan LCD terbesar di dunia yang berukuran 40 inci malah diiktiraf sebagai pengeluar paparan LCD no. 1 di dunia untuk tempoh tiga tahun berturut-turut. Satu pencapaian yang amat membanggakan. Selain itu, Samsung juga turut memeterai perjanjian dengan beberapa syarikat gergasi di dunia misalnya dengan Microsoft bagi membangunkan teknologi digital untuk pengguna kediaman, mengadakan pakatan pemasaran dengan AOL-Time Warner dan mengadakan kerjasama dengan organanisi ICT terkemuka dunia iaitu Hawleet-Packard berkenaan dengan produk IT.

9. Samsung pada ketika ini mempunyai hampir 90,000 orang tenaga kerja yang bekerja di 89 buah pusat operasi yang terdapat di 46 buah negara di seluruh dunia termasuklah Malaysia.

10. Pada hari ini menyaksikan Samsung Electronics menjadi pengeluar utama dunia bagi produk seperti paparan warna, TV warna, cip ingatan dan paparan LCD TFT. Seperti yang dikatakan sebelum ini, Samsung juga turut mengukir nama dalam dunia telekomunikasi dengan menjadi pengeluar telefon bimbit ketiga terbesar di dunia pada ketika ini dari segi jualan produknya. Samsung begitu optimis dalam setiap usahanya untuk memberikan sesuatu yang terbaik kepada pengguna.



0 Responses to “10 Perkara Menarik tentang Samsung”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



Masa Itu Emas…

Buat Renungan…

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan..."

Countdown

Arkib

UNTAIAN KATA-KATA…

Anda pengunjung ke…

Counter Powered by  RedCounter
Diurus & ditadbir oleh lee_sdj@yahoo.com sejak Jan 2010

%d bloggers like this: