26
Feb
10

Engkau Marahkan Tembikai Busuk?

Suatu hari seorang ahli sufi terkenal, Syaqiq al-Bakhi membelikan sebiji tembikai untuk isterinya. Si isterinya begitu gembira menerima tembikai tersebut, malangnya apabila buah itu dibelah, isinya didapati tidak elok. Isteri Syaqiq mula marah-marah kerana tidak mendapat sebiji tembikai ranum, enak dan elok seperti yang diharapkannya.

“Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu?” tanya Syaqiq, “Adakah kepada si penjual, atau si pembeli, atau penanamnya, atau Pencipta buah tembikai ini?” Isteri ahli sufi itu terdiam. “Wahai isteriku,” sambung Syaqiq,”Ketehuilah, si penjual itu tentu ingin barangan jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Si pembeli lebih-lebih lagi, tentu ingin yang terbaik saja. Manakala si penanam, kalau mampu tentu dia ingin agar hasil tanamannya mengeluarkan hasil yang baik juga.

“Kini nyatalah bahawa marahmu itu ditujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertakwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.


0 Responses to “Engkau Marahkan Tembikai Busuk?”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



Masa Itu Emas…

Buat Renungan…

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan..."

Countdown

Arkib

UNTAIAN KATA-KATA…

Anda pengunjung ke…

Counter Powered by  RedCounter
Diurus & ditadbir oleh lee_sdj@yahoo.com sejak Jan 2010

%d bloggers like this: