27
Feb
10

6,000 pelajar dikenal pasti masalah disiplin

KUALA TERENGGANU 26 Feb. – Kira-kira 6,000 pelajar sekolah, kebanyakannya pelajar sekolah menengah di negeri ini dikenal pasti pelajar berisiko kerana terbabit dalam pelbagai masalah disiplin terutama ponteng sekolah.

Jumlah itu adalah di antara kesemua kira-kira 250,000 pelajar sekolah di Terengganu dan selain ponteng sekolah, mereka turut terbabit dalam kegiatan lain termasuk merempit dan penyalahgunaan dadah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, bagi menangani masalah itu, pihaknya sedang mengatur strategi proaktif dengan kerjasama agensi berkaitan termasuk Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT).

Malah jelasnya, beliau sendiri akan ‘turun padang’ ke sekolah-sekolah terbabit dalam waktu terdekat ini.


“Kerajaan akan berusaha menyelesaikan isu pelajar berisiko seumpama ini dan saya sendiri akan turun padang ke sekolah-sekolah yang berkenaan dalam waktu terdekat ini, tujuan kita bukan untuk menghukum mereka tapi bantu mereka.


“Kita kena selesaikan masalah ini, ‘lebih baik mencegah daripada merawat’, jika kita dapat bendung masalah ini, kita juga dapat kurangkan gejala merempit dan jenayah lain yang dilakukan pelajar,” katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Buku Negeri Terengganu 2010 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini semalam.

Turut hadir ialah Pengarah Pelajaran Terengganu, Arifiin Embong dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), Nor Akmal Abdul Fatah.

Pesta buku yang berlangsung sehingga Selasa depan merupakan anjuran bersama kerajaan negeri, PPAT, JPNT, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Persatuan Pengusaha Kedai Buku Melayu Terengganu.

Ahmad Razif memberitahu, masalah pelajar berisiko wajar ditangani segera bagi membendung gejala tersebut daripada menjadi lebih serius pada masa akan datang.

“Walaupun jumlah yang dikenal pasti itu tidak begitu ramai berbanding jumlah keseluruhan pelajar tapi jika ada seorang saja pelajar berisiko di sebuah sekolah, dia tentu memberi kesan kepada seluruh pelajar dan guru sekolah berkenaan,” ujarnya.


0 Responses to “6,000 pelajar dikenal pasti masalah disiplin”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



Masa Itu Emas…

Buat Renungan…

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan..."

Countdown

Arkib

UNTAIAN KATA-KATA…

Anda pengunjung ke…

Counter Powered by  RedCounter
Diurus & ditadbir oleh lee_sdj@yahoo.com sejak Jan 2010

%d bloggers like this: