01
Mar
10

Pembangunan sukan di sekolah diperkukuh

Dato' Nicol Ann David seorang pemain skuasy profesional Malaysia

SHAH ALAM: Kerajaan komited dalam memperkukuhkan pembangunan sukan di sekolah, termasuk meningkatkan mutu bola sepak negara dengan penganjuran Liga Bola Sepak Kementerian Pelajaran yang bermula semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata liga bola sepak itu terdiri daripada Liga Piala Menteri Pelajaran Bawah 14 tahun dan Liga Remaja KPM-FAM Bawah 17 tahun yang sekarang memasuki tahun ketiga.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran, berkata liga itu memberi peluang kepada pemain bawah umur 14 dan 17 tahun dari semua Sekolah Bola Sepak Negeri menonjolkan bakat serta mendapat pendedahan awal melalui persaingan dalam liga.

“Saya sedar usaha mengembalikan semula kegemilangan sukan di sekolah pasti menghadapi banyak kekangan seperti kemudahan padang, peralatan dan prasarana sukan yang lain.

“Justeru, kementerian menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) menyediakan peruntukan RM1.5 juta untuk Selangor saja bagi membekalkan peralatan sukan yang mana RM83,900 khas untuk Parlimen Shah Alam.

“Sementara bagi program penambahbaikan prasarana sukan, sejumlah RM9.5 juta diperuntukkan bagi Selangor dan Parlimen Shah Alam mendapat RM280,000 bagi menyediakan Gelanggang Serbaguna Berbumbung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan sepak mula Liga Bola Sepak Kementerian Pelajaran di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, di sini, yang disertai 14 pasukan Sekolah Bola Sepak Negeri dan satu pasukan daripada Sekolah Sukan Malaysia, membabitkan 103 perlawanan bagi setiap kategori umur.

Hadir sama Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom; Pengurus Hal Ehwal Korporat F&N Beverages Marketing (M) Sdn Bhd (100Plus), Datuk Kamal Harun; Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong dan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad.

Liga itu ditaja 100Plus dengan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM1 juta, manakala Nike Sales (M) Sdn Bhd menaja pakaian untuk semua pasukan dan bola pertandingan. Pengadil perlawanan dan bantuan teknikal bagi liga yang berakhir Ogos ini dikendalikan oleh FAM.

Muhyiddin berkata, sekolah mempunyai peranan dalam membentuk pasukan bola sepak negara yang pernah digeruni di Asia serta layak bertanding dalam dua Sukan Olimpik iaitu di Munich, Jerman (1972) dan di Moscow, Russia (1980), selain memenangi gangsa pada Sukan Asia di Jakarta (1962) dan di Tehran, pada 1974.

Selaras dengan itu, katanya, kementerian melaksanakan program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah yang mana bola sepak menjadi satu daripada tujuh sukan yang dimajukan mulai 2008.

“Menerusi program ini, 30 Pusat Latihan Daerah, 14 Sekolah Bola Sepak Negeri ditubuhkan selain dua Sekolah Sukan Malaysia yang menjadi pusat kecemerlangan sukan bagi pemain elit sekolah.

“Program yang dikendalikan 160 jurulatih ini disertai 1,450 pelajar berumur antara 13 hingga 17 tahun,” katanya.


Sumber :- Berita Harian


0 Responses to “Pembangunan sukan di sekolah diperkukuh”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



Masa Itu Emas…

Buat Renungan…

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan..."

Countdown

Arkib

UNTAIAN KATA-KATA…

Anda pengunjung ke…

Counter Powered by  RedCounter
Diurus & ditadbir oleh lee_sdj@yahoo.com sejak Jan 2010

%d bloggers like this: