10
Mar
10

Temasya Olahraga SDJ ke- 48 (2010)

Temasya Olahraga Tahunan SDJ kali ke-48 telah dilangsungkan dengan meriah dan jayanya pada hari Rabu, 3 Mac 2010 bertempat di Stadium Tan Sri Dato’ Hj. Hassan Yunus, Larkin, Johor bahru.  Acara tahunan yang diadakan ini bermatlamat untuk memperkembangkan potensi pelajar-pelajar SDJ bagi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Manakala, objektifnya pula adalah untuk menggalakkan perkembangan sahsiah para pelajar SDJ untuk menjadi pelajar yang bertanggungjawab, mempunyai ketahanan diri dan berdaya saing. Di samping itu, untuk menggalakkan dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh dalam kalangan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan dan juga bagi memupuk semangat kesukanan dan integrasi kaum. Temasya kali ini telah pun dirasmikan oleh Pegawai PPD Johor Bahru iaitu En. Aminudin b. Adam . Manakala upacara penutupan rasmi pula oleh Timbalan Yang Dipertua PIBG SMK Dato’ Jaafar, Tn. Hj. Sa’at b. Hasan.

Perjalanan temasya pada hari ini bermula kira-kira pukul 7.30 pagi apabila semua guru, pegawai, pelajar dan pasukan perbarisan mengambil tempat masing-masing. Lebih kurang pukul 8.00 pagi dif-dif kehormat telah pun tiba di stadium.

Ketibaan Pegawai PPD JB

Ketibaan Pegawai PPD JB

Pegawai PPD dipakaikan Rozel...

Pegawai PPD dipakaikan Rozet...

Pencak Silat dipersembahkan bagi Menyambut dif-dif kehormat...

Pencak Silat dipersembahkan bagi Menyambut Dif-dif kehormat...

Barisan VIP...

Pukul 8.15 pagi, wakil daripada rumah-rumah sukan (JATI, MERANTI, KERUING dan BALAU ) dan pasukan pakaian seragam (St. John Ambulans, Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah, Pengakap Darat, Pengakap Laut, PKBM, PBSM) telah membuat perbarisan lintas hormat.

Membawa Bendera Kejohanan...

Rumah Meranti

Rumah Meranti

Rumah Jati

Rumah Jati

Rumah Balau

Rumah Keruing

Pengakap Darat

St. John Ambulans

PBSM

Pengakap Laut

Kadet Remaja Sekolah

PKBM

Kadet Polis

Selepas selesai acara perbarisan lintas hormat rumah-rumah sukan dan juga pasukan pakaian seragam, para hadirin dan juga atlet sama-sama berdiri untuk menyanyikan lagu sekolah, kemudian diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Badrol b. Sapian. Selepas selesai bacaan doa, En. Goh Chee Kiat, Pengetua SDJ meyampaikan ucapan alu-aluan dan seterusnya ucapan perasmian Majlis Temasya Olahraga oleh pegawai PPD JB, En. Aminudin b. Adam.

Nyanyian Lagu Sekolah...

Nyanyian Lagu Sekolah

Ucapan alu-aluan tuan pengetua...

Ucapan Perasmian oleh Pegawai PPD JB...

Bacaan Ikrar Kejohanan...

Selepas bacaan ikrar kejohanan dan perbarisan keluar rumah-rumah sukan dan juga pasukan pakaian seragam, para hadirin dihiburkan dengan persembahan taekwando dan wushu daripada pelajar-pelajar SDJ.

Persembahan Taekwando...

Persembahan Wushu...

Selepas selesai persembahan taekwando dan juga wushu, acara temasya kejohanan dimulakan dengan acara 100 m bagi kategori P 20, L 13, L 15, L 18 & L 20.

Acara 100 m (P 20)...

Acara 100 m (L 13)...

Acara 100 m (L 15)...

Acara 100 m (L 18)

Acara 100 m (L 20)...

Antara acara yang dipertandingkan pada hari ini ialah acara 100 m, 200 m, 400 m, 4 x 100 m & 4 x 400 m. Sebaik-baik sahaja selesai satu-satu acara, penyampaian hadiah kepada para pemenang diadakan.

Tuan Pengetua Mengalungkan Pingat...

PK HEM Mengalungkan Pingat...

PK Koku Mengalungkan Pingat...

Guru Kanan Teknik & Vokasional Mengalungkan Pingat...

Selain acara sukan untuk para pelajar, ibu bapa dan juga guru tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam acara yang telah disusun atur khas buat mereka.

Lebih kurang pukul 1.30 petang, temasya kali ini melabuhkan tirainya. Penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua PIBG SMK Dato’ Jaafar, Tn. Hj. Sa’at b. Hasan dan kemudiannya diikuti dengan upacara penurunan bendera temasya olahraga untuk diserahkan kepada tuan pengetua menandakan berakhirnya Temasya Olahraga Tahunan SDJ Edisi ke-48 bagi tahun 2010.

Dalam acara perbarisan bagi kategori rumah-rumah sukan menyaksikan rumah BALAU telah mengatasi rumah-rumah sukan yang lain. Manakala bagi kategori pasukan badan beruniform pula dimenangi oleh Pengakap Darat  . Rumah Keruing pula ternyata sukar ditandingi dalam acara tarian yang mana mereka telahpun mendapat tempat pertama mengatasi pencabar-pencabar terdekat mereka. Tahniah diucapkan kepada atlit daripada rumah JATI, BALAU, KERUING & MERANTI yang telah berjaya mengharumkan nama rumah sukan masing-masing.

Keputusan sekeluruhan menyaksikan rumah JATI menjadi johan untuk edisi kali ini. Tempat kedua disandang oleh rumah BALAU, diikuti oleh KERUING di tempat ke-3 dan MERANTI di tempat ke-4. Sekalung tahniah diucapkan kepada rumah JATI yang telah menjadi johan keseluruhan. Kepada mereka yang tidak berjaya, cuba lagi pada tahun hadapan dan kepada mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung , jutaan terima kasih diucapkan atas sokongan dan bantuan yang telah dicurahkan. Kejohanan kali ini juga telah dapat mencungkil banyak bakat-bakat baharu yang terpendam dan sekaligus dapat diketengahkan bagi mewakili SDJ dalam bidang olahraga.

Olahragawan Sekolah 2010...

Olahragawan Harapan...

Olahragawan Kategori L 13

Semoga bertemu lagi bagi dalam edisi ke-49 Temasya Olahraga Tahunan SDJ pada tahun hadapan. ‘Majulah Sukan untuk SDJ’.


1 Response to “Temasya Olahraga SDJ ke- 48 (2010)”


  1. 1 Tan Choon Huat
    21 April 2010 at 2:07 pm

    Nampak gaya pelajar-pelajar sekarang tidak dapat lagi merasakan kemeriahan sukan sekolah seperti zaman kegemilangan SDJ. Dimanakah perginya Pancaragam SDJ? Perlukan acara sukan diadakan di Stadium Larkin?

    Di zaman kegemilangan SDJ era 1980an, padang SDJ menjadi rebutan pihak luar untuk menganjurkan sukan. Sekarang ini, apa sudah jadi. Kenapa perlu dihabiskan duit untuk menyewa padang luar sedangkan padang SDJ cukup sempurna jika dijaga dengan baik.

    Kembalikanlah zaman kegemilangan SDJ wahai warga-warga SDJ.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



Masa Itu Emas…

Buat Renungan…

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan..."

Countdown

Arkib

UNTAIAN KATA-KATA…

Anda pengunjung ke…

Counter Powered by  RedCounter
Diurus & ditadbir oleh lee_sdj@yahoo.com sejak Jan 2010

%d bloggers like this: