11
Mar
10

Kenali Teknologi Wi-Fi

Wi-Fi semakin popular dan menjadi satu perkataan yang sering disebut oleh pengguna fanatik IT pada masa ini. Namun tahukah anda apa itu Wi-Fi? Berikut adalah secara ringkas fakta-fakta berkenaan dengan Wi-Fi…

Apa itu Wi-Fi?

  • Wi-Fi merupakan kependekan kepada Wireless Fidelity, yang mana istilah ini telah diberikan secara rasmi oleh WCEA (Wireless Ethernet Compability Alliance). Wi-Fi mula diperkenalkan menerusi produk-produk tanpa wayar pada penghujung tahun 1998. Penggunaan Wi-Fi merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan jalur lebar (broadband), titik capaian (access point) dan kad Wi-Fi yang dipasang dalam komputer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak seta melayari Internet sama seperti rangkaian LAN (Local Area Network) biasa.

Rangkaian Wi-Fi

Apakah yang dimaksudkan dengan Titik Capaian (Access Point).

  • Titik capaian merujuk kepada satu peranti elektronik kecil yang bertindak sebagai penghubung dengan kad Wi-Fi yang dipasang didalam komputer pengguna bagi membolehkan perpindahan data berlaku menerusi spesifikasi 802.11 antara sumber jalur lebar seperti DSL atau kabel dengan komputer tersebut.

Wireless Access Point

Kad Wi-Fi

Apakah yang dimaksudkan dengan spesifikasi 802.11?

  • 802.11 adalah merujuk kepada spesifikasi teknikal keluarga pautan tanpa wayar LAN yang diberikan oleh IEEE (Institute of Electrical and Electronic Engineers). Teknologi Wi-Fi dikatakan tergolong dalam spesifikasi 802.11b yang membolehkan perpindahan data berlaku dalam kelajuan sehingga 11 Mbps dalam jalur 2.4 GHz. Sementara itu, teknologi 802.11 a pula adalah lanjutan kepada teknologi 802.11b di mana kelajuannya lebih pantas. Teknologi 802.11a membenarkan perpindahan data berlaku dalam kelajuan sehingga 54 Mbps dalam jalur 5 GHz. Teknologi ini juga dikenali sebagai Wi-Fi5 oleh WECA.

Apakah perbezaan antara Wi-Fi dengan Ethernet?

  • Ethernet merupakan senibina LAN yang telah dibangunkan oleh Xerox Corp dan Ethernet merupakan kad antara muka rangkaian yang digunakan dalam rangkaian LAN biasa. Sedangkan Wi-Fi pula merupakan senibina LAN yang digunakan dalam persekitaran tanpa wayar.
  • Ringkasnya, Ethernet digunakan dalam rangkaian LAN yang berwayar (menggunakan kabel seperti CAT5 untuk dihubungkan kepada jalur lebar) manakala Wi-Fi pula digunakan dalam rangkaian LAN tanpa wayar (menggunakan kad Wi-Fi dan dihubungkan ke titik capaian yang seterusnya akan menghubungkan ke jalur lebar).

Kabel CAT5

Apakah yang dimaksudkan dengan Wi-Fi Hotspot?

  • Wi-Fi hotspot merujuk kepada satu kawasan khas yang mana titik capaian disediakan bagi membolehkan pengguna dihubungkan ke Internet menerusi isyarat gelombang Wi-Fi. Biasanya pengguna-pengguna ini menggunakan komputer jenis mudah alih seperti laptop.
  • Pada masa ini, Wi-Fi hotspot boleh didapati di lapangan terbang, hotel, kafe-kafe utama seperti StarBucks Coffe dan tempat-tempat tumpuan umum seperti kompleks beli belah dan pusat rekreasi. Hubungan Wi-Fi ini boleh dilakukan dalam jarak sehingga 300 kaki dari lokasi hotspot tersebut.

Adakah Bluetooth pesaing kepada Wi-Fi?

  • Tidak sama sekali. Sebenarnya kedua-duanya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dan mempunyai sasarannya tersendiri.
  • Teknologi Wi-Fi digunakan untuk menggantikan sistem rangkaian wayar iaitu LAN yang sedia ada, biasanya pada komputer desktop dan laptop manakala Bluetooth pula digunakan dalam lingkungan PAN iaitu Personal Area Network di mana peranti-peranti khusus digunakan misalnya telefon mudah alih, pengimbas barkod dan PDA bagi menggantikan peranti yang menggunakan wayar.

Peranti Bluetooth

  • Walaupun secara logiknya kedua-dua teknologi ini mungkin akan terganggu antara satu sama lain disebabkan jalur frekuensinya sama iaitu 2.4 GHz tetapi pada hakikatnya tidak. Ini berdasarkan penyelidikan yang telah dilakukan oleh Bluetooth SIC dan IEEE menerusi teknik AFH (Adaptive Frequency Hopping) yang mendapati bahawa kedua-duanya bebas daripada gangguan. Selain itu, terdapat pembuat cip iaitu Cambridge Silicon Radio yang telah membangunkan satu cip yang menggabungkan kedua-dua teknologi ini.Selain itu, keupayaan audio juga berbeza antara kedua-dua teknologi ini.
  • Kesimpulannya, teknologi pautan tanpa wayar ini (Bluetooth & Wi-Fi) memberikan banyak kelebihan dalam aktiviti kita seharian. Antaranya:-
  1. Kita sebagai pengguna boleh membuat kerja dengan melayari Internet di mana-mana sahaja seperti di kafe-kafe atau tempat-tempat umum yang digelar hotspot. Ini adalah kerana adanya titik capaian untuk teknologi Wi-Fi disediakan. Teknologi Bluetooth pula memudahkan kita memindahkan atau berkongsi data antara notebook dan PDA.
  2. Dengan adanya kedua-dua teknologi ini, ia telah memudahkan mereka yang bekerja secara outstation dan di  luar kawasan pejabat .
  3. Penggunaan teknologi ini secar tidak langsung dapat mengurangkan tekanan kerja. Ini adalah kerana sesuatu perbincangan atau mesyuarat boleh dilakukan di tempat-tempat santai yang menyediakan sambungan tanpa wayar ini seperti di Starbucks Cafe.
  4. Teknologi Wi-Fi misalnya menyediakan jalur lebar yang besar. Oleh itu perpindahan data dapat dilakukan dengan lebih pantas.
  5. Penyelenggaraan perkakasan juga mudah kerana tiada wayar atau kabel yang digunakan.
  6. Selain itu dapat mengurangkan TCO (Total Cost of Ownership) bagi syarikat-syarikat yang kecil yang tidak dapat menyediakan rangkaian LAN di pejabatnya yang mana mereka boleh menggunakan kemudahan sedia ada di kawasan hotspot.





0 Responses to “Kenali Teknologi Wi-Fi”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



Masa Itu Emas…

Buat Renungan…

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan..."

Countdown

Arkib

UNTAIAN KATA-KATA…

Anda pengunjung ke…

Counter Powered by  RedCounter
Diurus & ditadbir oleh lee_sdj@yahoo.com sejak Jan 2010

%d bloggers like this: