12
Mar
10

Jurang pelajar ketara

KINABATANGAN – Berdasarkan keputusan peperiksaan SPM 2009 yang diumumkan semalam, jurang perbezaan pencapaian pelajar bandar dan luar bandar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu masih ketara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beberapa usaha dan langkah sedang diambil bagi mengurangkan dan seterusnya mengatasi jurang berkenaan secara berperingkat.

“Kita akan mengambil perhatian supaya jurang tersebut tidak terus meluas,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di SK Bukit Garam, di sini, semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, selain soal jurang perbezaan pencapaian keseluruhan antara pelajar bandar dan luar bandar, pencapaian pelajar bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran tertentu serta bilangan pelajar wanita yang lazimnya lebih ramai cemerlang berbanding lelaki turut diberi perhatian oleh kementeriannya.

Katanya antara langkah-langkah yang sedang diambil bagi menangani masalah berkenaan ialah menempatkan guru-guru terbaik termasuk di luar bandar.

“Minggu lalu, saya umumkan kita akan laksanakan satu sistem penempatan guru di mana setiap guru sepatutnya bersedia berkhidmat di kawasan luar bandar,” katanya.

“Perbezaan infrastruktur dan kemudahan sekolah bandar dan luar bandar yang masih wujud sehingga menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran juga akan diambil kira bagi mengatasi masalah itu,” katanya.

Mengenai pengurangan bajet untuk kementerian itu, Muhyiddin berkata, ia berlaku kepada semua kementerian.

Muhyiddin juga mengingatkan, dalam situasi ekonomi sekarang, pihak pengurusan sekolah perlu berjimat cermat dalam soal penggunaan air dan elektrik.

“Kalau boleh, kurangkan 10 hingga 20 peratus daripada biasa, bukan kita potong bajet, cuma bagi menyelamatkan banyak wang kita,” katanya.

Sumber :- Bernama


0 Responses to “Jurang pelajar ketara”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



Masa Itu Emas…

Buat Renungan…

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan..."

Countdown

Arkib

UNTAIAN KATA-KATA…

Anda pengunjung ke…

Counter Powered by  RedCounter
Diurus & ditadbir oleh lee_sdj@yahoo.com sejak Jan 2010

%d bloggers like this: