20
Mar
10

Pelajar kena bijak pilih kursus bidang baharu

PAGOH: Timbalan Perdana Menteri menyarankan supaya pelajar membuat pilihan bijak dengan memohon kursus bidang baru yang berpotensi mencipta kejayaan baru negara dan tidak hanya memberi fokus kepada kursus biasa yang mudah lulus atau senang mendapat pekerjaan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antara bidang boleh diterokai termasuk bidang bioteknologi, nanoteknologi, teknologi hijau, animasi digital dan bidang lain yang mampu mengembangkan daya kreativiti serta inovasi.

“Saya berharap pelajar dapat membuat pilihan tepat dan bijak dalam menentukan kursus atau bidang pengajian yang ingin diikuti, jangan hanya memberi fokus kepada kursus yang biasa diambil atau kursus mudah untuk lulus dan senang mendapat pekerjaan saja,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran dan Pengedaran Penerbitan Prospektus: Peluang Pendidikan, Latihan dan Kerjaya Edisi 2010/2011, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin Riayat Shah, di sini semalam. Prospektus edisi kelima diterbitkan Pencinta itu memberi panduan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mengenai peluang pendidikan dan kerjaya di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) serta kolej di negara ini.

Muhyiddin berkata, pemilihan bidang pengajian yang dibuat pelajar itu bukan saja akan menentukan masa depan haluan kerjaya, malah turut menentukan masa depan negara yang kini melalui satu proses transformasi ekonomi yang penting.

Sehubungan itu, katanya, semua pihak perlu melakukan usaha secara bersama untuk melonjakkan pencapaian ekonomi negara, daripada ekonomi berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi yang dipacu daya kreativiti dan inovasi modal insan yang dilahirkan oleh sistem pendidikan negara.

Sementara itu, ketika berucap merasmikan Opkim Perdana 2010 Universiti Teknologi Mara (UiTM), di Kompleks Sukan Pagoh di sini, semalam, Muhyiddin berkata, mahasiswa dalam bidang profesional dan teknologi perlu memberi sumbangan kepada masyarakat sehingga ke akar umbi melalui pelbagai program bersesuaian, terutama menerusi Operasi Khidmat Masyarakat (Opkim) di kawasan penempatan penduduk luar bandar.
Beliau berkata, kepakaran dimiliki siswa itu tidak bermakna jika gagal dikongsi atau dicurahkan kepada masyarakat secara menyeluruh.

“Inisiatif dijalankan mahasiswa, termasuk dalam Opkim itu dapat menyelami kehidupan masyarakat desa menerusi pengisian diperlukan untuk memastikan kemajuan masyarakat,” katanya.

Sumber :- Berita Harian


0 Responses to “Pelajar kena bijak pilih kursus bidang baharu”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



Masa Itu Emas…

Buat Renungan…

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan..."

Countdown

Arkib

UNTAIAN KATA-KATA…

Anda pengunjung ke…

Counter Powered by  RedCounter
Diurus & ditadbir oleh lee_sdj@yahoo.com sejak Jan 2010

%d bloggers like this: