24
Mar
10

Kenali Mozilla Firefox

Mozilla Firefox ialah sebuah pelayar web sumber terbuka yang diturunkan daripada Mozilla Application Suite dan diuruskan oleh Mozilla Corporation. Kaji selidik Net Applications mendapati Firefox mencatat 25% penggunaan pelayar web seluruh dunia (tepat pada November 2009), menjadikannya pelayar web kedua terlaris dari segi penggunaan seluruh dunia, mengekori Internet Explorer.

Firefox menggunakan enjin susun atur Gecko sumber terbuka, yang melaksanakan Web piawai bersama-sama dengan beberapa kandungan tambahan yang dimaksudkan seperti penambahan kepada piawai berkenaan.

Firefox memasukkan pelayan bertab, satu pemeriksa ejaan, carian progresif, penanda buku langsung, satu pengurus muat turun, dan satu sistem carian yang memasukkan Google. Fungsi-fungsi boleh ditambah menerusi lebih daripada 2,000 add-ons yang dicipta oleh pemaju ketiga; Paling popular termasuklah FoxyTunes (mengawal pemain muzik), (penyekat ad), StumbleUpon (penemuan laman web), DownThemAll! (fungsi muat turun) dan pemaju Web (peralatan web).


Mozilla Firefox merupakan pelayar platform bersilang yang memberi sokongan kepada berbagai-bagai versi Microsoft Windows, Mac OS X dan Linux. Namun begitu, kod sumbernya secara tidak rasminya telah disambungkan kepada sistem operasi lain, termasuk FreeBSD , OS/2, Solaris, SkyOS, BeOS dan kini juga Windows XP Professional x64 Edition.

Firefox boleh berfungsi di atas platform Microsoft Windows, Mac OS X dan Linux. Pelancaran versi stabil terkini adalah versi 3.5.5, yang keluar pada 5 November 2009. Kod sumber Firefox ialah perisian percuma yang dikeluarkan di bawah tri-lesen GNU GPL/GNU LGPL/MPL.

SEJARAH

Dave Hyatt dan Blake Ross memulakan projek Firefox sebagai cabang eksperimental bagi prjek Mozilla. Mereka percaya bahawa keperluan komersial tajaan Netscape dan pembodek ciri-ciri yang dipacu pemaju telah berkompromi dengan utiliti pelayar Mozilla. Bagi menangani apa yang dipandang oleh mereka sebagai pengembungan perisian, mereka mencipta sebuah pelayar web yang lebih ringkas, yang mana mereka berniat untuk menggantikan Mozilla Suite. Pada 3 April 2003, Pertubuhan MozillaThunderbird. mengumumkan rancangannya untuk mengalihkan tumpuan mereka dari Mozilla Suite ke Firefox.

Projek Firefox telah melalui beberapa pengubahan nama. Asalnya dinamakan Phoenix, perisian ini dinamakan semula gara-gara pertembungan tanda dagang dengan Phoenix Technologies. Nama seterusnya, Firebird pula mengungkitkan rasa tidak puas hati projek perisian pangkalan data percuma Firebird. Selepas itu, Mozilla Foundation menyatakan bahawa perisiannya patut sentiasa memegang nama Mozilla Firebird bagi mengelakkan kekeliruan dengan perisian pangkalan data itu. Tekanan tanpa henti daripada kominiti pembangun server pangkalan data itu memaksa satu lagi penukaran nama; pada 9 Februari 2004, Mozilla Firebird menjadi Mozilla Firefox (Firefox for short).

Projek Firefox telah melalui banyak versi percubaan/beta sebelum terkeluarnya versi 1.0 pada 9 November 2004. Sebagai tambahan kepada pembaikan kestabilan dan keselamatan, Yayasan Mozilla mengeluarkan pengemaskinian pertama kepada Firefox—versi 1.5—pada 29 November 2005. Pada 24 Oktober 2006, Mozilla mengeluarkan Firefox 2 yang merangkumi pengemaskinian kepada persekitaran pelayaran bertab, pengurusan sambungan, GUI, dan enjin carian dan pengemaskinian perisian; satu ciri-ciri pemulihan sesi yang baru; penyemak ejaan; dan satu ciri-ciri anti-phishing yang dilaksanakan oleh Google sebagai satu sambungan yang kemudiannya bergabung kepada perisian itu sendiri.

FIREFOX 3

Mozilla Firefox 3 dikeluarkan pada 17 Jun 2008, oleh Mozilla Corporation. Firefox 3 menggunakan versi 1.9 enjin susun atur Mozilla Gecko untuk memaparkan laman web. Veris baru ini banyak membaiki pepijat, mempertingkatkan kepatuhan pada piawaian, serta melaksanakan API web yang baru. Ciri-ciri lainnya termasuk pengurus muat turun diperbaharui, sistem “Places” baru untuk menyimpan penanda laman dan sejarah, serta tema-tema berasingan untuk sistem pengendalian berlainan. Versi terbaru di bawah 3.0 ialah Firefox 3.0.15.

Pembangunan Firefox 3 bermula dari versi beta pertamaya (bernama kod ‘Gran Paradiso’) yang telah dikeluarkan pada 19 November 2007, diikuti beberapa lagi keluaran beta sepanjang musim bunga tahun 2008 sehingga dirasmikan pada bulan Jun. Terdapat 8 juta muat turun unik bagi Firefox 3 pada hari keluarannya, sekaligus mencatat Rekod Dunia Guinness.

FIREFOX 3.5

Versi 3.5, bernama kod Shiretoko, menambahkan pelbagai ciri-ciri baru pada Firefox. Dari Firefox 3.1, pihak pembangun Mozilla menukar nombor keluarannya kepada 3.5, untuk mencerminkan skop perubahan yang lebih luas daripada yang dirancangkan pada mulanya. Antara perubahannya termasuk prestasi lebih pantas hasil enjin JavaScript baru bernama TraceMonkey serta penambahbaikan paparan, serta sokongan untuk tag-tag <video> dan <audio> seperti yang ditakrikan dalam spesifikasi HTML 5, yang bermatlamat menyediakan pemainan video tanpa halangan daripada masalah paten yang dikaitkan dengan kebanyakan teknologi video. XMLHttpRequest (XHR) merentas laman yang membolehkan aplikasi web lebih berkuasa dan cara yang lebih mudah untuk melaksanakan mashup, turut dilaksanakan dalam 3.5. Objek JSON global baru mengandungi fungsi-fungsi natif untuk mensirikan dan menyahsirikan objek-objek JSON dengan cekap dan selamat, seperti yang ditetapkan oleh rangka ECMAScript 3.1. Sokongan pemilih CSS 3 penuh turut disediakan. Firefox 3.5 menggunakan enjin Gecko 1.9.1 yang merangkumi beberapa ciri-ciri yang tidak disertakan dalam keluaran 3.0. Sokongan multi-touch turut ditambahkan ke dalam keluaran ini, termasuk sokongan gerak isyarat seperti mencubit untuk mengezum dan menggesel untuk bertukar halaman ke belakang atau hadapan. Firefox 3.5 turut ditampilkan dengan logo baru.

CIRI-CIRI

  • Ciri-ciri terkini termasuk pelayaran bertab, penyemak ejaan, carian progresif, penandaan halaman secara langsung, pengurus muat turun, pelayaran secara rahsia, pelayaran disetempatkan (“geolocation”) yang berasaskan perkhidmatan Google dan sistem carian bersepadu yang berasalkan Google di kebanyakan versi tempatan. Banyak lagi fungsi boleh ditambah melalui pelbagai pilihan tambahan rekaan pihak ketiga, yang menarik ramai pengguna Firefox.
  • Firefox menyediakan persekitaran untuk pembangun web yang mana terbinanya alat-alat untuk kegunaan mereka, seperti Error Console (Konsol Ralat) atau DOM Inspector, atau sambungan-sambungan seperti Firebug.

PIAWAIAN

Mozilla Firefox banyak melaksanakan piawaian web, termasuk HTML, XML, XHTML, MathML, SVG 1.1 (separa), CSS (with extensions), ECMAScript (JavaScript), DOM, XSLT, XPath, dan imej PNG (animasi) dengan kelutsinaran alfa. Firefox juga melaksanakan cadangan piawaian rekaan WHATWG seperti storan pihak klien, dan unsur kanvas.

KESELAMATAN

Firefox menggunakan model keselamatan “kotak pasir”, serta mengehadkan skrip-skrip dari mencapai data dari tapak web lain yang berasaskan dasar asal-usul sama. Firefox menggunakan SSL/TLS untuk melindungi perhubungan dengan pelayan web berlengkapkan kriptografi yang kukuh ketika menggunakan protokol HTTPS. Firefox juga menyediakan sokongan untuk aplikasi web untuk menggunakan kad pintar untuk tujuan pengesahan.[

Yayasan Mozilla menawarkan ganjaran besar (“bug bounty“) kepada para penyelidik yang menemui kebocoran keselamatan yang teruk di Firefox. Garis panduan rasmi untuk menangani kerentanan keselamatan tidak menggalakkan kerentanan didedahkan terlalu awal untuk menghindari penyerang mengambil kesempatan terhadap kepincangan yang diketahui.

Disebabkan Firefox kurangnya kerentanan keselamatan serius yang dikenali dan belum ditampal berbanding Internet Explorer, maka ramai yang beralih dari IE ke Firefox demi keselamatan. Akhbar The Washington Post melaporkan kod eksploitasi untuk kerentanan keselamatan kritikal yang belum ditampal di Internet Explorer terbuka selama 284 hari pada tahun 2006, berbanding kod eksploitasi bagi kerentanan keselamatan kritikal di Firefox terbuka selama 9 hari sebelum Mozilla menghantar tampungnya.

Kaji selidik Symantec pada tahun 2006 mendapati bahawa, biarpun Firefox lebih banyak mencatatkan kerentanan yang disahkan oleh penyedia berbanding pelayar lain hingga bulan September tahun itu, namun kerentanan tersebut lebih cepat ditampung berbanding pelayar lain. Symantec kemudian menjelaskan kenyataannya bahawa Firefox masih kurang kerentanan keselamatannya berbanding Internet Explorer, seperti yang dikira oleh pengkaji keselamatan.


0 Responses to “Kenali Mozilla Firefox”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



Masa Itu Emas…

Buat Renungan…

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan..."

Countdown

Arkib

UNTAIAN KATA-KATA…

Anda pengunjung ke…

Counter Powered by  RedCounter
Diurus & ditadbir oleh lee_sdj@yahoo.com sejak Jan 2010

%d bloggers like this: