31
Mar
10

Jawatankuasa Khas Kaji Beban Guru Ditubuh

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung guru sekolah di seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kerajaan memandang serius masalah itu yang dikhuatiri menjejaskan prestasi guru terbabit dan pencapaian pelajar untuk jangka masa panjang.

Jawatankuasa itu akan menentukan sama ada beban ditanggung itu adalah beban berlebihan atau tanggungjawab guru, katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di bangunan Parlimen di sini pada Rabu.

Muhyiddin berkata jawatankuasa diketuai Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom itu akan dianggotai wakil beberapa pertubuhan terbabit antaranya NUTP selain diberikan tempoh dua bulan untuk mengemukakan cadangan menangani masalah beban tugas guru itu.

NUTP antara lain mengadu terdapat guru sekolah menanggung beban berlebihan melibatkan kurikulum, ko-kurikulum, bilik darjah dan hal ehwal murid sehingga menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.

Turut dibangkitkan dalam pertemuan tengah hari tadi ialah mengenai cuti rehat mingguan guru sekolah dan sokongan NUTP kepada cadangan sukan di sekolah dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan akses pendidikan kepada rakyat.

–Bernama


0 Responses to “Jawatankuasa Khas Kaji Beban Guru Ditubuh”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



Masa Itu Emas…

Buat Renungan…

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan..."

Countdown

Arkib

UNTAIAN KATA-KATA…

Anda pengunjung ke…

Counter Powered by  RedCounter
Diurus & ditadbir oleh lee_sdj@yahoo.com sejak Jan 2010

%d bloggers like this: