06
Apr
10

Guru Ke Pedalaman Akan Dimotivasi Terlebih Dahulu

KUALA LUMPUR, 6 April — Guru-guru yang bakal dihantar ke kawasan pedalaman akan dimotivasi terlebih dahulu sebagai persediaan mental dan fizikal mereka.

Untuk itu kumpulan sokongan akan diadakan bagi memotivasikan para guru terlibat menerusi program orientasi, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata kumpulan sokongan adalah terdiri daripada guru yang sedang mengajar di kawasan pedalaman.
“Tahun ini kita akan menghantar 5,292 guru ke kawasan pedalaman di mana mereka perlu disediakan dengan ketahanan mental dan fizikal. “Seperti rawatan kepada pesakit kanser, maka kita kena minta bekas pesakit kanser sendiri untuk memberi semangat kepada pesakit yang sedang menerima rawatan bagi meneruskan kehidupan mereka,” katanya kepada pemberita di sini Selasa.Puad berkata guru yang bakal dihantar mengajar di pedalaman akan dimaklumkan lebih awal tentang penghantaran mereka supaya dapat membuat persediaan awal, seperti keperluan menguruskan soal tempat tinggal.

“Kita sedia maklum dengan masalah tempat tinggal guru di pedalaman sementara kerajaan sedang berusaha untuk membina rumah guru yang lebih selesa,” katanya.

Sumber :- Bernama


0 Responses to “Guru Ke Pedalaman Akan Dimotivasi Terlebih Dahulu”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



Masa Itu Emas…

Buat Renungan…

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan..."

Countdown

Arkib

UNTAIAN KATA-KATA…

Anda pengunjung ke…

Counter Powered by  RedCounter
Diurus & ditadbir oleh lee_sdj@yahoo.com sejak Jan 2010

%d bloggers like this: