07
Apr
10

Sambutan Maulidur Rasul 2010

Bersempena dengan bulan Maulidur Rasul, Panitia Pendidikan Islam SMK Dato’ Jaafar, Johor Bahru telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 2010/1431 H dengan jayanya pada 5 Mac yang lalu bertempat di Dewan Jaya, SMK Dato’ Jaafar. “Rasulullah Ikutan Sepanjang Zaman”, itulah tema yang telah dipilih bagi sambutan Maulidur Rasul pada kali. Tema ini bertepatan dengan matlamat majlis ini iaitu untuk melahirkan pelajar-pelajar yang menghayati sirah perjuangan Rasulullah s.a.w khususnya dalam menyebarkan dakwah yang telah membawa perubahan besar dalam sejarah Islam dan sekaligus melaksanakan tuntutan-tuntutan sebagai seorang anak, pelajar serta warga negara yang cemerlang berlandaskan prinsip yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Pelbagai program telah disusun bagi memenuhi majlis pada kali ini. Antaranya seperti bacaan Al-Quran serta terjemahannya, berzanjidan marhaban, berselawat serta ceramah.

Majlis bermula dengan pendaftaran guru-guru serta pelajar-pelajar Islam iaitu kira-kira pukul 9.30 pagi.

Sesi Pendaftaran...

Seterusnya, bacaan doa oleh Ustaz Badrol dan sejurus selepas itu bacaan Al-Quran oleh wakil pelajar iaitu saudara Mohd Akbar.

Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran...

Selepas itu ucapan alu-aluan oleh Penolong Kanan 1  dan kemudian diikuti dengan bacaan marhaban dan berzanji oleh kariah Surau Kg. Pasir.

PK 1 menyampaikan ucapan alu-aluan...

Berzanji & Marhaban...

Sejurus selepas bacaan marhaban dan berzanji, semua hadirin berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w...

Program terakhir pada hari ini ialah ceramah yang telah pun disampaikan oleh tetamu jemputan iaitu Ustaz Aminudin b. Hehsan dari Fakulti Tamadun Islam, UTM dan kemudiannya diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan yang disempurnakan oleh PK 1.

Ustaz Aminudin menyampaikan ceramah...

PK 1 menyampaikan cenderahati kepada penceramah jemputan...

Suasana semasa majlis….

Barisan Guru...

Suasana...

Susana...

Barisan Pelajar...

Majlis tamat kira-kira pukul 12.10 tgahari.


0 Responses to “Sambutan Maulidur Rasul 2010”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



Masa Itu Emas…

Buat Renungan…

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan..."

Countdown

Arkib

UNTAIAN KATA-KATA…

Anda pengunjung ke…

Counter Powered by  RedCounter
Diurus & ditadbir oleh lee_sdj@yahoo.com sejak Jan 2010

%d bloggers like this: