By leesdj

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Jaafar atau lebih sinonim dengan panggilan SDJ bermula sebagai Sekolah Menengah Inggeris pada 2 Januari 1961. Bangunan asal yang digunakan ialah Istana Bukit Senyum yang pernah didiami oleh Allahyarham Dato’ Jaafar, Menteri Besar Johor yang pertama dan sebuah lagi bangunan yang terletak berhampiran dengannya. Sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah Dato’ Jaafar pada 2 Januari 1964.  Pada awalnya, Sekolah Dato’ Jaafar memulakan sesi persekolahan dengan 12 buah bilik darjah, sebuah bengkel kerja kayu, sebuah bengkel kerja logam dan kantin. Ketika itu, terdapat seramai 625 orang pelajar dan 25 orang guru sahaja termasuk pengetuanya En. J.G Putucheary.

Sejak ditubuhkan, SDJ sehingga kini telah ditadbir oleh 9 orang pengetua iaitu:-

1. En. J.G Putucheary (1961-1970)

2. En. Austin Hooi Peng Chein (1971-1972)

3. En. Harbhajan Singh (1972-1991)

4. En. Ahmad Atil (1991-1992)

5. Tn. Hj. Abdullah Idrus (1992-2004)

6. Tn. Hj. Hamid  Abu Hassan (1995-1999)

7. En. Mohd Sharipudin Mahmod (1999-2004)

8. En. Siow Yee Woo (@004-2006)

9. En. Goh Chee Kiat (2006-Sekarang)

Kemudahan infrastruktur di SDJ semakin bertambah baik. Pada tahun 2001, 2 blok tambahan baharu iaitu blok F dan blok G telah dibina khusus untuk menempatkan pelajar tingkatan 6. Seawal tahun 1987 lagi, sekolah ini telah memulakan pengambilan pelajar tingkatan 6 dalam aliran sastera dan pada 2002 pula bermulanya pengambilan pelajar tingkatan 6 dalam aliran sains. Pada tahun 2004, SDJ telah dilengkapkan dengan sebuah makmal komputer untuk para pelajar. Pada tahun 2005, pihak Jabatan Pelajaran Johor telah meluluskan pembukaan 2 kelas ‘Rancangan Khas’ atau premier untuk pelajar tingkatan 1 di sekolah ini dan sehingga sekarang SDJ merupakan salah sebuah sekolah premier yang terkenal  di Johor Bahru.

Adalah diharapkan SDJ akan terus menerajui kecemerlangan dalam bidang akademik dan juga ko-kurikulum bersesuaian dengan motto sekolah iaitu ‘Berilmu dan Berjasa’.


1 Response to “Sejarah SDj”


  1. 30 March 2010 at 5:33 pm

    hureeyyyy…i’m done a bit my blog…
    already post clock and 3 more interesting widget…

    Mr.lee…i’m notice that u are missing 1 more sdj principle….

    check again..we have 10 principle already…

    i more is Datin Paduka sherimila merilineee..

    so don’t forget post her name ok..

    wokeh chau…

    salam…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s





Masa Itu Emas…

Buat Renungan…

"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan..."

Countdown

Arkib

UNTAIAN KATA-KATA…

Anda pengunjung ke…

Counter Powered by  RedCounter
Diurus & ditadbir oleh lee_sdj@yahoo.com sejak Jan 2010

%d bloggers like this: